Tuesday, November 17, 2009

FAMILI Saat menilai cinta

BISMILLAH..

Salam.

Percintaan dan kasih sayang adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam kehidupan setiap insan. Setiap perkara yang kita hadapi di masa lampau adalah merupakan suatu pengalaman. Disini ada beberapa maklumat yang dapat kita kongsikan bersama.

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Wednesday, October 21, 2009

Tangisan wanita

Salam...

Nak tahu kenapa wanita mudah menangis??? ini ceritanya...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

5 sebab wanita mengalirkan air mata.

Bismillah dan salam semua...

Tahu kenapa wanita suka sangat menangis??? Haa, tu lah dia. Kata sesetangah orang mengatakan , air mata tu adalah senjata wanita??? Betul ke??? Ermmm… ada betulnya.. kadang-kadang ramai lelaki mengeluh tentang sikap wanita yang sukar difahami dan dijangka. Sekejap suka… tapi bila 1jam selepas tu.. tetiba pulak masam, muncung. Kadang-kadang sampai marah-marah lagi. Tak tahu lah apa puncanya. Bila ditanya, mandiamkan diri. Menyebabkan si lelaki, kekasih atau suami kebingungan, dan berasa keliru. Dipujuk tak berhsail pulak tu.
Secara fitrahnya, memang itu lah sifat manusia yang bergelar wanita. Mudah untuk mengalirkan air matanya. Tetapi pengaliran air mata itu bukan lah tanpa sebab. Apa-apa yang berlaku mesti ada sebabnya. Saya ada membaca buku MW. Katanya ada 5 sebab.

1. Factor hormon.

Sewaktu memasuki pra menstruasi, wanita cenderung kepada bersikap lain daripada yang kebiasaannya. Seringmarah-marah, sukar kawal emosi dan sangat sensitive dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perasaan dan hati. Ish8… memang susah kalau dah jadi macam ni.. nak pujuk pun dah tak tau macam mana lagi kan… kesian si lelaki.. hahahaha.

2. Ingin memanipulasikan keadaan.

Hal sebegini tak tahu lah sama ada benar atau tidak. Tetapi ianya ada betulnya juga. Apa tidaknya. Air mata tu kan adalah senjata wanita. Kadang-kadang ia dilakukan untuk menarik rasa simpati dan uasaha untuk menutupi kesalahan daripada pasangannya agar tidak rasa kecewa atau marah-marah dengannya. Maklumlah, sesetengah lelaki ni, susah kalau tengok perempuan menangis. Kelamkabut dibuatnya. Wahahahaha.. ada juga seseteangahnya hanya untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

3. Perasaan emosi

Ini merupakan salah 1 penyebab juga. Kadang-kadang ia bukan disebabkan perkara 1 dan 2 di atas, tetapi disebabkan factor ini. Banyak penyebab yang boleh merasakan emosi seperti kekecewaan, marahm sakit hati dan kesedihan. Biasanya bila bermasalah yang pada tahap kemuncak dan tak tahu nak meluahkan pada siapa, menangis adalah jalan penyelesaian untuk melepaskan sesak pada perasaannya.

4. Amarah.

Ada berbagai cara wanita mencurahkan rasa marahnya, antaranya adalah dengan menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri, dan ada juga yang menangis. Jika situasi sebegini berlaku, biasanya mereka ini inginkan diberi perhatian, didampingi dan keluhannya nak didengari oleh orang yang dikasihi. Dengan cara ini, membolehkan meredakan amarah mereka.

5. Terkenangkan sesuatu.

Hal sebegini semua orang lalui. Mengingati perkara silam samada suka atau pun sedah.

TETAPI…

Lelaki juga ingin dirinya difahami oleh wanita terutamanya orang yang dikasihi. Oleh itu, tiada salahnya wanita ini member perhatian kepada pasangannya terutamanya pada suami yang inginkan keadaan selesa bersama dengan isterinya. Tetapi yang penting masing-masing perlu saling memahami dan bekerjasama antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan keluarga yang harmoni dan diberkati. Amin.. sama-samalah kita bermuhasabah diri…

Sunday, October 18, 2009

Kelam-kabut sindrom penyakit

Dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.


SIKAP kelam-kabut mampu menyebabkan rutin harian kehidupan menjadi penuh bercelaru. - Gambar hiasan


SEIMBAS pandang, pelajar lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan nama ringkasnya, Alim langsung tidak berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain sehinggalah guru sekolahnya kerap menegur tingkah lakunya yang suka melanggar meja dan kerusi secara sembrono.

Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.

Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.

Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.

Gagal ikat tali kasut

“Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”

“Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.

Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan.


INDIVIDU yang cantik dan seksi tidak terkecuali daripada mengalami dysprexia. - Gambar hiasan


Daripada perkembangan ini, pakar akan melihat sebarang abnormaliti yang wujud terutamanya dari aspek mengimbangkan diri, sensitiviti terhadap sentuhan dan pergerakan fizikal yang berterusan.

“Paling mudah untuk mengesannya ialah kanak-kanak tersebut sukar mengimbangi diri ketika berbasikal, mengikat tali kasut serta sering melanggar objek sewaktu berjalan,” ujarnya.

Pelakon remaja yang terkenal menerusi siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe sebagai contoh, merupakan salah seorang pengidap dysprexia. Meskipun, tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip filem-filem lakonannya, Radcliffe akan menghadapi masalah apabila mahu mengikat tali kasutnya.

“Disebabkan gagal melakukan perkara semudah mengikat tali kasut, saya melalui fasa kehidupan yang sukar ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya kepada akhbar Britain, Daily Mail.


NOR HAMIDAH MOHD. SALLEH


Kesukaran kawal pernafasan

Dalam pada itu, selain melibatkan pergerakan, Dysprexia Oral pula merupakan gangguan melibatkan ketidakjajaran perkembangan linguastik atau fonologi ketika bercakap.

“Masalah ini akan menyebabkan pesakit sukar mengawal organ pertuturan, membuat bunyi-bunyian, serta menyatakan perkataan secara berturut-turut termasuk membina ayat daripada perkataan,” jelas Nor Hamidah.




Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran mengawal pernafasan dan lambat dari segi perkembangan bahasa.

Bagi pengawalan koordinasi motor halus, ia mengakibatkan pesakit termasuk individu pada peringkat dewasa mengalami masalah untuk menulis dengan tangan.

Lebih malang, ketidakseimbangan koordinasi ini turut membuatkan pesakit sukar menjalani rutin harian seperti membutangkan baju, menggunakan sudu dan garpu serta membuka penutup botol.

“Koordinasi yang tidak simbang melibatkan saraf motor ini akan berterusan dan menyebabkan pesakit sering terlanggar objek, tidak kira kecil atau besar,” ujarnya.

Tambah beliau, kes terjatuh tanpa sebab, tidak dapat mengagak kedudukan objek serta gagal melakukan dua tugasan serentak juga merupakan sebahagian daripada masalah dysprexia.

“Ada kes yang lebih teruk, mereka sukar mengesan arah kanan atau kiri apabila mata ditutup serta terlupa pada pergerakan seterusnya ketika melakukan sesuatu seperti ketika sedang berjalan,” kata Nor Hamidah.

Tiada rawatan khusus

Menyentuh mengenai rawatan, Nor Hamidah menjelaskan bahawa tiada rawatan khusus bagi penyakit namun rawatan terapi dapat memperbaiki koordinasi pergerakan pesakit ini.

Nor Hamidah memberitahu, sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kanak-kanak tersebut akan membesar dengan keadaan kurang keyakinan diri, pemalu, kurang matang dan sensitif.

“Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut perlu dibiarkan bermain dengan pasir, tanah liat termasuk memanjat serta berlari di taman permainan bagi melatih koordinasi dan sensitiviti pergerakan motor tubuh,” jelasnya.


Dipetik daripada kosmo

COKLAT!!!! Rahsia disebaliknya..


Salam dan selamat sejahtera...


Pernah merasai keenakan Coklat??? ummm. Sedappp.. Sesuatu bahan makan yang tidak asing lagi dalam hidup kita. Siapa yang tidak gemar memakan coklat??? Tiada bukan.. Coklat juga menjadi satu simbul tertentu dalam sesuatu perkara. Coklat sering dikaitkan dengan kekuatan dan stamina, tenaga dan kuasa serta kesihatan dan keceriaan. Menurut beberapa kajian terkini tentang coklat, bahan koko itu mampu bertindak sebagai antioksida yang baik untuk badan. Selain itu, coklat juga mampu menceriakan hari kamu. Menurut kajian keceriaan yang di lakukan ke atas wanita Oxford mendapati mereka yang menghidu haruman daripada minyak asli Cocoa Therapy menjadi ceria selepas beberapa minit menghidunya.

Penting juga diketahui ialah, secara umumnya ‘dark coklat’ mempunyai bahan yang amat berguna
pada kesihatan tubuh. Misalnya flavonoids dan polyphenol yang merupakan bahan antioksida yang
boleh menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan tekanan darah, melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit, serta membersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh, yang akhirnya boleh mengakibatkan kanser. Selain dari itu, coklat juga turut mengandungi theobromine dan caffeine yang boleh memberikan tenaga kepada tubuh.


Sebenarnya banyak khasiat yang terkandung di dalam coklat yang kita tidak ketahui.

Coklat untuk Gairah Seks dan Simbol Cinta
Alasan mengapa banyak orang memberikan coklat untuk orang tersayang adalah karena coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Hal ini disebabkan kerana coklat memiliki tekstur yang lembut dan akan lumat secara perlahan saat dikemam dalam mulut. Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang memakannya. Selain itu, coklat dapat memberikan efek nyaman, rileks dan dapat meningkatkan gairah seksual.

Rasa nyaman yang ditimbulkan setelah menikmati coklat bukan hanya perasaan saja, kerana coklat mengandung ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan membentuk perasaan yang selesa dalam diri seseorang. Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat. Efek ini juga boleh diperoleh dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat lainnya dari theobromine adalah dapat meredakan batuk.

Terkandung pula phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta.

Manfaat Coklat untuk Kesehatan
Coklat dengan kandungan kakao (biji coklat) lebih dari 70% juga memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, ia mampu untuk menyerap radikal bebas dalam tubuh. Besarnya kandungan antioksidan ini adalah sebanyak 3 kali lebih banyak dari teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.

Dengan adanya antioksidan, membuat coklat menjadi salah satu minuman kesehatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangkan kolesterol pada darah sehingga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung. Ia juga berguna untuk mencegah timbulnya kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi. Ada sesetangah pihak mengatakan bahawa dengan memakan coklat dapat mengurangkan berlakunya penyakit kanser payudara.

Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mengandung zat dan juga nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao sendiri merupakan sumber magnesium yang tertinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, dapat menyebabkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita yaitu pra menstruasi (PMS). Dengan makan coklat akan menambah magnesium dalam kandungan gizi harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Hal ini mengurangi efek negatif dari PMS.

Coklat untuk Kecantikan
Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan diri. Jadi makan lah coklat banyak-banyak unutk kurangkan penuaan. Hahahahaha..


Telah kita ketahui. Coklat juga sering digunakan sebagai ungkapan tanda cinta seseorang kepada orang yang dicintai. Tidak kurang juga dengan coklat sahaja dapat meluluhkan hati seseorang yang kita sayang. Sebab itu, banyak iklan coklat yang diterbitkan banyak berkaitan dengan mempamerkan kasih sayang dan percintaan terhadap seseorang. Untuk dijadikan sebagai hantaran juga tidak kurang pentingnya coklat ini, mesti sahaja ada rekaan yang berasaskan coklat. Oleh itu, apa salahnya untuk kita memberikan sebungkus coklat kepada pasangan kita, unutk menunjukkan yang kita amat menyayanginya. Itulah yang

Friday, October 16, 2009

hari terakhir ko k...

Salam dan selamt sejahtera...

Last week, nampaknye hari sabtu adalah hari ko k yang terakhir untuk pengajian aku..YAHOOOOO!!! seronok aku rasa.. Tapi yang paling aku seronok aku diberi peluang untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR. Lec ada lah juga mengajar serba sedikit tip2 mengambil photo yang baik... maklumlah ko k pun dah namanya teknologi media (grafik ads).. mesti lah kena belajar semua tu.. ye tak...


ni salah satu gambar rakan sekelas yang aku ambil. walau pun tak seberapa, tapi may be agak menarik juga..

ni seorang lagi..hehehe


ni suasana pengambaran dalam kelas ku..hahaha

n lastly gambar...


gambar satu kelas...heheheh

wassalam...

Tuesday, October 6, 2009

Kejadian dan amaran Allah..

Salam...

Artikel in saya terima dalam email saya..Subhanallah..

Untuk Renungan bersama


Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.?

17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.?
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Sunday, July 26, 2009

vemma... tentang maggis...



Salam dan selamat sejahtera..

Adakah Anda mengetahui apa kebaikan dan khasiat yang terkandung didalam sebiji manggis???? Anda tidak tahu??? di sini ada sedikit meklumat berkaitan khasiat menggis...


- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the ‘King of Fruits’ tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the ‘Queen of Fruits’?

- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?


- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.

- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.

- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.

- Jadi, nampak tak kandungan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal the goodness of other fruits, tak sangka our local fruit is the champion of all fruits. Well done manggis, well done.

UNTUK MENDAFTAR AHLI SILA LAYARI WEBSITE DIBAWAH :

www.vemmabuilber.com/698880805
qmie87.vemma.com
http://www.jaguhbisnesmaya.com/helmey/

Saturday, July 25, 2009

Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa




SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.


Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”

Tuesday, July 21, 2009

Advice from Lukmanul Hakim

Salam to all reader.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar - benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal - hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama - sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura - pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata - katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.



Saturday, July 11, 2009

Solat dan 5 jenis manusia

Assalam...

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.



Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan lagi kualiti solat seharian kita. InsyaAllah...Amin...

dipetik daripada akhbar harian metro..

tag il islami

Assalam...

tag ini saya terima daripada junior saya.. dia yang perkenalkan kepada saya... terima kasih no...hehehe.. nak tau tag yang saya dapat bagaimana... lihat lah di bawah ini :

Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

Thursday, May 7, 2009

wahai insan bernama ibu...

Assalam... ibu, mama, mak, dan sebagainya... adalah nama yang begitu besar sekali. Pernah kita mencari di mana ibu kita? Pernah kita terfikir ingin membalas segala jasa-jasanya... Ibu, ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hidupku. Ampunkan lah daku wahai ibu...

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA... SEMOGA KEHIDUPANMU ITU LEBIH BAHAGIA, BERMAKNA DAN DIREDHAI ALLAH SENTIASA...

Thursday, April 30, 2009

bertemu kembali....

salam kengkawan...

Alhamdulillah... berjaya juga untuk menghabiskan perjuangan dalam peperiksaan pada sem nih... agak lama juga tidak postkan coretan disini.hehehehehe... 

Wednesday, March 25, 2009

All About Cats

Assalam to all my friends and also my visitor who visit my blog.

today, I just want to share about my assey that I was presented last week. hehehehe..

My assei is all about the cat. I know you all know the animal called cat. : )

Purpose : to inform the audience about types of cat.

Audience/ readers: General public

Topic: Type of cat.


Cat is an animal that categorize as carnivore species. The scientific name’s of cat is Felis Catus and also known as a domestic cat or house cat. The ability of cat is to hunt vermin, snake, scorpion, and other unwanted household pest. Cats use variety of body language for communication among other cats such as meowing, purring, hissing, growling, and grunting. Cats may be the most popular pet in the world but have you ever know how many type of cat has in the world? Here we would like to discuss about three type of cat which bicolor cat, odd-eyed cat, and black cat.

First of all, type of cat is bicolor cat. How do you want to know this type of cat? A bicolor cat has a white fur and combines with fur of other color like black and tabby. There have various pattern of bicolor cat but the most popular is tuxedo pattern. This tuxedo pattern seems like wearing a coat tuxedo and likely has a bow. The color bicolor cat occur because there is white spotting gene present along with a recessive allele of the agouti gene, which evens out the usual striped pattern of the colors of the coat.

Although the Bicolor cat is the most popular and familiar with us especially in the United Kingdom, it is not the only in that country and also not just this type that familiar. The black cat is another type of cat that seems very familiar with us. This type has a uniformly black or almost all black. It is not a particular breed of cat and may be mixed or specific breed. The all-black pigmentation is equally prevalent in both male and female cats. In Western history, black cats have often been looked upon as a symbol of evil omen. We can take the symbol of evil omen as an example in the batman movie that the evil power is black cat women.


In addition to bicolor cat and black cat is odd-eyed cat. This type of cat is very different with other two type of cat above. This type traceable through their eye that one of the eyes is blue color and other eye is green, yellow, or brown color. This condition can found at white color cat but it is also can found in other color of cat as long as it possesses in white spotting gene. Even though, this type rarely to find it. Some people said that the odd-eye cats born deaf in one ear. It is not true. According to statistic, 60-70 percent of odd-eye cat can hear with both ears. Indeed, white cat that have one or two blue eyes have a higher incident of genetic deafness. (Source: internet, Wikipedia The free encyclopedia.)

In conclusion, many type of cat that we did not know in the world, but here I just mention three types only. Although, cat is a carnivore species, but it is a tame animal that anyone can take it as their pet. Therefore, I suggest that anyone who want to keep animal as your pet, take a cat. It is because cat easy to find, does not require too much cost and safe.

Thursday, March 19, 2009

"PENTING KE ILMU TU..."



**********

Penting ke ilmu tu… ni merupakan suatu persoalan pada diri aku pada suatu ketika dulu. Aku teringat ketika aku masih kecil…

Mama : mie… asyik main je. Bila ko nak baca buku. Apa faedah yang engkau dapat…

Aku : nanti lah ma. Baru ja nak main ni. Asyik baca buku, ulang kaji ja. Bosan la…

Mama : tu lah kau.baru baca buku 1 jam, mainnya 5 jam. Bila kau nak pandai..

Itu lah yang selalu mama, ayah aku leterkan. Tapi aku tak tau betapa pentingnya ilmu tu pada diri aku, yang aku tahu hanya keseronokan. Enjoy. Biasa lah belum matang lagi. Sehinggalah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti, kenal dunia luar yang penuh pancaroba… baru aku menyedari apa yang mama, ayah aku leterkan pada suatu ketika dulu adalah benar. Kita akan dihinjak-hinjak dan diperbodoh-bodohkan bila kita tidak mempunyai ilmu. Kita jadi seorang yang jahil.

**********

Nak tahu betapa pentingnya ilmu itu, berdasarkan sebuah hadis. Hadis ni agak terkenal, dan kita juga pernah mendengarkannya.

“tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China”

Hadis ni bukan lah menyeru kita untuk tuntut ilmu ke Negara China. Tapi mempunyai pesanan yang begitu mendalam. Betapa jauhnya Megara Arab dan China pada zaman dahulu. Yang tidak ada kenderaan maju seperti zaman sekarang, sanggup menuntut ilmu. Kepentingan ilmu itu diperakui oleh Allah S.W.T dengan turunnya wahyu yang pertama iaitu surah al- ‘Alaq yang bermaksud

“bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhan mu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan daripada sebuku darah beku, bacalah dan tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Tiada siapa tahu hakikat kebesaran Allah tanpa membaca kitab suci al-Quran. Tidak juga jika tidak cuba memahami maksudnya melalui bahasa yang difahami. Sama ada difahami melalui pembacaan, ajaran pakar tafsir yang ahli dalam bidangnya atau gandingan halaqah yang membincangkan makna setiap ayatnya, semuanya berbalik kepada pembacaan

Orang yang berilmu, darjatnya adalah tinggi disisi Allah. : "Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujaadalah, ayat 11).

Kalau kita mempelajari ilmu sejarah, pada zaman Rasulullah begitu menekankan pendidikan ilmu ini. Begitu juga di Negara Jepun. Selepas digugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pentadbiran Negara membuat dasar yang paling utama iaitu menekankan kepada setiap rakyatnya membaca dan mencari ilmu. Bukan ketenteraan yang dimajukan dahulu, tetapi menyuruh rakyatnya membaca. Dan hasilnya Jepun menjadi sebuah Negara yang termaju berbanding Negara barat walaupun pada asalnya Negara barat adalah sebuah Negara yang maju. Nampak tak, peri pentingnya ilmu itu..


Manusia diciptakan Allah menjadi seorang khalifah di bumi ini. Yang membezakan antara yang lain adalah kemampuan berfikir dan manilai sesuatu kejadian itu. Untuk berfikir dan menilai itu juga perlukan ilmu, dunia dan akhirat. Kemahiran itu tidak dapat dimanfaatkan jika minda tidak dibekalkan dengan keperluan dan makanan yang sepatutnya diberikan. Ia menjadi beku, dan tidak berfungsi. Allah mengajarkan manusia supaya memohon untuk menambahkan ilmu.

"Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku." (Surah Taahaa, ayat 114)

Oleh itu, sedarlah. Kita banyak ditipu oleh tipu daya dunia disebabkan kelonggaran akidah. Dimana kita sendiri yang tidak mahu menuntut dan menambahkan ilmu yang ada. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pencarian ilmu itu sangat meluas dan begitu mudah kerana penggunaan teknologi yang tinggi. Oleh itu, jangan lah menjadikan alasan untuk tidak menuntut ilmu. Orang yang berilmu itu bukan lah hanya sekadar menjunjung segulung ijazah, tetapi ia disertakan dengan perilaku dan akhlak yang mulia dan penuh tauladan.

**********


Ibarat pantun…


Buai laju-laju,

sampai pokok sena,

Pandai baca buku,

jadilah orang yang berguna.



Buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

kl salah tolong tunjukkan...

Friday, March 6, 2009

Family day kelab...

Assalam...

Bertemu kembali... Tetapi pada hari ni mie nak kongsi sedikit pengalaman dalam program atau aktiviti 'family day' kelab Fasilitator DPP YAB, UUM. Walauapun aktiviti ini dinamakan 'family day', tetapi tiada family pun yang terlibat.. hehehe.. nak bawa family macam mana, masing masing belum berkeluarga.. Walaubagaimana pun, kami ahli-ahli kelab fasi ni dah seperti sebuah keluarga besar... Ada 'bapa' (Abg Ash, selaku presiden dan Ketua Fasi), tapi... ibu pula tak da... Yang ada cuma pembantu saja ( Abg Razak) dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang lain.. hehe...
Sebenarnya, aktiviti ini berlangsung pada 24hb februari yang lepas bersamaan hari selasa. Seramai lebih kurang 15 ahli jawatankuasa dan 80 peserta terlibat dalam menjayakan program ni... Pada permulaan aktiviti ni memang ada masalah. Biasalah kan. Maklumlah mie masih tak ada pengalaman dalam urusan-urusan seperti ini... Nasib baik ada orang yang berpengalaman, abg Ash, Abg nizam, arif, abg adib, kak wan nor dan yang lain-lain. Terima kasih ya sudi membantu menjayakan aktiviti cheq ni.. hehehe. Memang bayak pengalaman dan kenangan manis dapat dikumpulkan.



sedang berbincang apa lah tu...


Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli-ahli baru dan lama (junior dan senior) dalam kelab fasi ini... Untuk merapatkan lagi jurang hubungan yang sedia ada.. Lagi pun dalam aktiviti seperti ini lah nak kenal-kenal antara satu sama lain... Yelah ada ahli baru... lagi pun kalau beramah mesra dalam keadaan seperti ni kan lebih molek gitu.. Tidak lah secara formal. Tak lah bosan sangat sebab ada aktiviti yng akan dilakukan.


Abg Adib memberi hadiah kepada peserta


Antara pengisian dalam 'family day' ini adalah aktiviti 'explore race' yang disertai oleh ahli kelab sendiri dan beberapa peserta bukan ahli yang berminat untuk menyertai. Sebanyak 8 kumpulan menyertai 'explore race'. Semua peserta dilepaskan pada jam 3 petang. Selain itu, yang paling menarik adalah kami ada buat ayam panggang, kerang bakar dan lain-lain makanan. Boleh dikatakan 'simple' juga lah.. Itu yang menarik... Setelah penat lelah, makan dan minum sambil sampaikan hamper kepada para peserta... pulak tu tempat tu di tepi tasik. Fuh,... memang menarik 'pemandangannya'. Hilang segala tekanan yang ditanggung.. Dengan gelak tawa daripada AJK dan ahli-ahli kelab.


wah, abg KF kita, control macho gitu...


Dengan aktiviti seperti ini, insyaAllah akan dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Dengan tujuan yang baik lagi murni demi kegemilnagan, kesejahteraan, keceriaan, dan kesepaduan antara setiap ahli dalam kelab. Demi memupuk rasa tanggung jawab, tolong menolong dan mewujudkan kasih sayang antara sama lain. Yang penting kita tahu bagaimana nak melatih diri untuk menjadi yang terbaik samada seorang fasilitator mahupun seorang hamba Allah. tidak lupa juga kepada semua AJK dan ahli kelab yang telah banyak memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. InsyaAllah akan dilakukan pada semesta-semesta akan datang...

GALERI :


berposing sakan dengan peserta...


penyampaian hadiah


nak ayam..nak ayam.. (kata upin,ipin)

wahhh, abg adip..propose ayam ka..


Siapa diri ini...

Assalam…

Siapa diri kita yang sebenarnya? Apa yang ada pada diriku ini berbanding dengan orang lain? Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku? Apa usaha dan sumbangan aku pada semua orang? Apa dan apa… Persoalan-persoalan itu lah sering bermain difikiran ku. Adakah anda juga sebegitu??? Ya, siapa diri ku yang sebenarnya…. Adakah kehidupan yang kita lalui sentiasa ini adalah merupakan hanya suatu lakonan sahaja? lakonan di pentas dunia…

Pernah kah kita menyedari dan ingin mengubah keadaan diri yang kepada yang lebih baik. Sememangnya diri kita sering kali alpa dan lalai dalam segala hal… Astaghfirullah… Sungguh merugikan…

kadang kala, perlukah untuk kita sekadar berpura-pura terhadap rang disekeliling kita? Menjadi seorang yang hipokrit.. Perlukah begitu? Tidak sebenarnya… Mengapa kita tidak menjadi diri kita yang sebenarnya? Yaa, diri kita. Tidak perlulah hipokit semata-mata untuk menawan dan menjaga hati orang di sekeling..Tidak! yakinlah dengan dir sendiri… Sesungguhnya kita perlu bersyukur dan berasa bangga kerana masih berpeluang diberi kenikmatan yang tidak terhingga… Subhanallah… begitu Pemurah dan penyayangnya Allah kepada kita.

Sesungguhnya,

jadilah hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam,mereka itulah orang-orang yang beruntung,

jangan lah jadikan hari ini lebih buruk daripada hari semalam, kerana mereka itulah antara orang-orang yang merugikan,

dan jangan lah jadikan hari ini sama teruk dengan hari semalam, kerana orang-orang seperti ini adalah orang-orang yang… fikir-fikirkan lah…

Wednesday, March 4, 2009

Niat Hitam Niat Putih Antara Dua Agama

“Saya ingin tahu, apakah yang mendorong anda datang melawat Belfast Islamic Centre?” saya mengajukan soalan tersebut kepada sekumpulan lelaki dan wanita Katholik yang melawat masjid tempat saya bekerja.

“Kita adalah masyarakat yang cerdik dan boleh berfikir sendiri. Kami tidak pernah melihat sesuatu yang diburuk-burukkan sebagaimana media memburuk-burukkan Islam. Kami sudah bosan dengan telatah media. Agak mengejutkan apabila kami menemui alamat Islamic Centre ini di dalam direktori. Rupa-rupanya ada masjid di Belfast. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk bertemu sendiri dengan orang Islam dan mengenali mereka secara dekat,” jawab salah seorang daripada ahli rombongan itu.

Pelbagai soalan yang mereka ajukan sepanjang sejam sesi dialog yang saya kendalikan. Ia merupakan rutin biasa kerana semenjak peristiwa 11 September 2001, Belfast Islamic Centre menjadi tumpuan pelbagai pihak. Kadang-kadang tetamu datang secara bersendirian, berdua, satu kereta, satu van dan malah satu bas. Jangan terkejut jika ada di kalangan pengunjung itu, dihantar oleh pihak gereja! Khususnya gereja Katholik.

Nampaknya, propaganda anti teroris yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat di bawah kabinet Bush, menjadi reverse pscyhology yang membalikkan faedahnya kepada semua pihak yang mencari kebaikan. Faedah buat Islam dan Muslim.

Tidak saya nafikan, di peringkat awal sejurus selepas insiden 11 September, Belfast Islamic Centre memang menjadi sasaran kemarahan penduduk sekitar Belfast. Beberapa kali insiden kurang baik menimpa, malah tingkap masjid juga pernah pecah akibat batu yang dibaling oleh beberapa individu yang ‘marah tak bertempat’. Ketika itu, solat Jumaat juga memerlukan kepada pengawasan pihak polis.

Namun, selepas kemarahan itu reda, keadaan yang berlaku menjadi sebaliknya. Masjid kami dan kebanyakan masjid di sekitar United Kingdom dan Ireland menjadi tumpuan mereka yang selama ini tidak pernah tahu apa-apa tentang Islam. Sifirnya seperti cerita Tufail ibn Amr di zaman Rasulullah SAW. Akibat propaganda musuh, timbul keinginan untuk mencari kebenaran dan akhirnya beroleh iman.

Menjadi Imam muda di sebuah masjid yang komunitinya seperti umat Islam di Belfast, bukanlah suatu tugas yang mudah. Tidak pernah saya sangka bahawa cabarannya akan sebesar apa yang telah saya tempuhi.

Namun dalam pelbagai kerenah umat Islam di sana, perkara yang paling mendukacitakan saya adalah tabiat suka bertengkar dan bergaduh sesama sendiri. Malah saya ditawarkan memegang jawatan Imam atas motif yang berkaitan. Saya orang Malaysia, maka saya dianggap tidak bias kepada pihak Pakistan atau Arab yang sentiasa tidak sependapat.

Ironinya, kesusahan bekerja sebagai Imam sering terubat apabila saya berurusan dengan non Muslim. Mungkin suasana di Ireland yang masih memberikan kedudukan yang signifikan kepada agama, urusan dakwah dan birokrasi membabitkan Islamic Centre banyak mendapat sokongan yang positif.

BERURUSAN SECARA PROFESIONAL

bic

Saya dan Jamal Iweida semasa meraikan rombongan wartawan British Satelite News untuk dokumentari CNN

Bertugas sebagai Minister of Religion, saya perlu banyak berurusan dengan pelbagai pihak di semua peringkat masyarakat. Mujur juga Presiden masjid, Jamal Iweida, tidak lokek membantu saya, khususnya dalam memperkenalkan saya kepada pihak-pihak berwajib, sama ada di Jabatan Polis mahu pun paderi-paderi yang ada di sekitar Ireland Utara.

“Apa berita terkini?” saya bertanya kepada Father James (bukan nama sebenar).

“Ada dua banduan Muslim baru. Mereka meminta kelengkapan solat dari Tuan Imam,” beliau memberitahu saya.

Father James bertugas sebagai Chaplain di penjara HMP Maghaberry di Belfast.

Seperti biasa, saya membungkuskan sejadah serta bahan-bahan bacaan untuk disampaikan kepada dua banduan yang dimaksudkan. Sudah menjadi rutin, Father James akan berkunjung ke masjid dari semasa ke semasa untuk bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu semasa di samping memaklumkan kepada saya tentang adanya banduan baru yang menghuni penjara berkenaan.

“Henry tu buat masalah lagikah?” saya bertanya.

Father James ketawa kecil.

“Semua orang sudah biasa dengannya. Masalah yang ditimbulkannya sudah jadi seperti hiburan pula kepada kami,” jelas beliau.

Henry yang dimaksudkan itu adalah bekas aktivis IRA. Apa yang mengejutkan kami ialah apabila beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Namun beliau kekal dengan ‘jiwa ganasnya’ dan agresif mempertahankan pendapat-pendapat beliau di samping banduan-banduan yang lain. Terkenang pula saya kepada sirah Amir al-Mu’mineen, Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu.

Demikianlah rutin kerja saya semasa bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre. Adalah suatu kebiasaan untuk saya bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk paderi-paderi daripada pelbagai institusi yang wujud di sana. Biar pun ada perbezaan yang ketara di antara kemesraan pihak masjid dengan gereja Katholik berbanding Protestant, namun asas tugasan masing-masing tetap dapat dilakukan secara profesional.

PENJARA MAGILLIGAN

magilligan

HMP Magilligan

Bekerja secara profesional juga, memberikan saya pengalaman berurusan dengan kakitangan Penjara Magilligan di utara Ireland Utara. Saya telah dijemput untuk ke penjara tersebut bagi membuat pemeriksaan terhadap prosedur penyediaan makanan Halal di penjara berkenaan. Saya dikhabarkan yang ada lima orang banduan Muslim membuat aduan bahawa mereka tidak disediakan dengan makanan Halal.

Perjalanan ke penjara tersebut memakan masa lebih 2 jam. Saya menaiki bas dari Belfast menuju ke bandar Coleraine. Dari situ, warden penjara tersebut menjemput saya dengan pacuan empat roda menuju ke sana. Semasa di penjara tersebut saya telah dibawa melawat ke dapur tempat makanan dimasak. Saya lihat kesemua daging halal diletakkan di dalam peti ais yang berasingan. Kemudian saya periksa invois pembelian daging tersebut dalam tempoh setahun sebelumnya dan ternyata ia dibeli dari Shah Jalal, pembekal daging Halal yang sedia maklum di kalangan kami orang Islam di Belfast.

Kemudian, saya diberitahu yang makanan Halal dimasak terlebih dahulu secara berasingan sebelum pekerja memasak makanan lain. Malah saya ditunjukkan dengan demonstrasi penyediaan makanan Halal di penjara itu. Saya berpuas hati dengan seluruh prosesnya.

“Saya harap Tuan Imam dapat yakinkan banduan kami bahawa kami sudah mencuba yang termampu untuk menyediakan makanan Halal,” ujar Ketua Warden penjara yang mengiringi lawatan saya.

“Saya cuba”, saya menjawab.

Saya dibawa ke sebuah bilik mesyuarat dan di bilik tersebut saya bertemu dengan enam orang banduan. Tiga berbangsa Arab, seorang Pakistan, seorang Bangladesh dan seorang lagi Irish yang dikatakan mahu memeluk Islam. Selepas berbual dan bertanya khabar, saya pergi kepada topik utama yang membawa kedatangan saya ke penjara Magilligan tersebut.

“Saya sudah membuat pemeriksaan secara terpeinci tentang prosedur penjara menyediakan makanan Halal. Saya selaku Imam ingin memberikan penegasan kepada saudara semua bahawa pihak penjara telah membuat yang terbaik. Mereka telah asingkan sepenuhnya semua daging halal itu ke peti ais yang berasingan. Malah mereka juga memasaknya secara berasingan,” saya membuat penjelasan.

“Tapi mereka pernah hidangkan kepada saya sarapan telur bersama crispy bacon,” ujar salah seorang daripada banduan tersebut.

“Ya, saya sudah dimaklumkan tentang hal tersebut. Ia adalah kesilapan yang amat jarang berlaku dan mereka sudah meminta maaf. Ia adalah kes yang amat terpencil. Kamu tidak akan berjumpa dengan kesanggupan penjara meminta maaf kepada banduan kalau kamu dipenjarakan di negara-negara kita umat Islam!” saya memberikan maklum balas.

“Tapi mereka masak bukan-bukan. Rasanya sungguh tidak sedap!” ujar banduan berbangsa Pakistan itu.

“Wah, kalau kamu nak makan sedap, jangan mengedar dadah! Ini penjara, bukan asrama!” saya naik berang dengan kerenah banduan tersebut.

Selepas berbincang tentang keperluan bahan bacaan, sejadah dan bilik khas untuk mereka bersolat Jumaat, saya telah cuba menyelesaikan beberapa soalan terakhir yang ditanya oleh banduan Irish tersebut. Beliau berpuas hati dan menegaskan bahawa beliau benar-benar telah bersedia untuk memeluk Islam.

Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah!” Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara baru saya.

Banduan Arab yang ada di situ berjanji akan membimbing saudara baru tersebut.

Saya pulang ke Belfast dengan hati yang amat gembira. Pengalaman mengendalikan urusan penjara itu akan saya kenang sampai bila-bila. Pengislaman banduan Irish tersebut berlaku tanpa sebarang masalah malah pihak penjara bersikap amat profesional dalam mengendalikan hal ini. Banduan tersebut menyatakan bahawa pihak penjara tidak perlu menukarkan pendaftaran agamanya di dalam rekod penjara kerana tidak mahu menyusahkan pihak pentadbiran.

Masing-masing tahu bidang tugas masing-masing, serta bijak mencari common issues untuk dibincang dan dibualkan bersama. Titik persamaan dikembangkan. Titik perbezaan dihindarkan.

Subhanallah…

Selama saya bertugas, hanya sekali sahaja saya menerima kunjungan non Muslim yang bersifat provokatif lagi mencabar. Selebihnya datang dengan rasa ingin tahu yang amat luhur, dan kami di masjid menyambutnya dengan penuh komitmen.

Ziarah yang provokatif pada suatu petang itu berlaku di antara saya dengan seorang Paderi Kristian Arab yang sedang belajar PhD di Fakulti Teologi Universiti Queen’s di Belfast.

Beliau berasal dari Iraq.

abusaif_qub

Pernah dipertanggungjawabkan sebagai Muslim Chaplain di QUB Belfast ini

LAWATAN PADERI ARAB KE MASJID

“Mr. Imam, saya dukacita kerana kamu telah ‘memurtadkan’ penduduk tempatan di sini,” kata paderi tersebut kepada saya. Agak terkejut juga saya, apabila bicara saya dengannya bermula dengan kenyataan sebegitu.

“Boleh tuan jelaskan apa yang tuan maksudkan?” saya cuba menyoal kembali.

“Agama Kristian sudah stabil dan baik di sini. Kenapa mesti kamu propagandakan Islam di sini? Apakah kamu mahu mengajak penduduk di sini menganut agama yang buruk seperti agama Saddam Hussein?” beliau nampak sungguh emosi.

“Orang Islam di Iraq sangat zalim terhadap kami. Saddam Hussein telah menindas kami dengan begitu teruk di sana. Dan sekarang kamu berhasrat membawa agama Saddam kepada penduduk Kristian di sini?” ujarnya lagi.

Saya cuba menggagahkan diri untuk terus tersenyum walaupun dengan perisa yang agak kelat.

“Saya rasa istilah saya memurtadkan penduduk di sini agak keterlaluan. Ia lebih sesuai digunakan terhadap orang seperti kamu di negara-negara umat Islam. Orang seperti kamu yang banyak memurtadkan orang kami!” saya cuba menangkis tuduhan beliau.

“Ah, sama sahaja dengan kamu. Kamu juga buat perkara yang sama!” kata paderi Arab tersebut. Hah, jerat saya sudah mengena.

“Oh tidak sama. Saya di sini, tidak sama dengan kamu di tempat kami. Saya di sini hanya bertugas memberikan penerangan tentang agama Islam terutamanya ketika saya ditanya mengenainya. Apa yang saya ceritakan benar-benar tentang Islam semata-mata. Seandainya mereka bertanya tentang Kristian, barulah saya sentuh mana-mana perkara yang saya tahu. Jika mereka menerima Islam, mereka menerimanya kerana mereka yakin dengan kebenaran Islam.

Sedangkan kamu di tempat umat Islam tidak begitu. Kamu bukannya bercerita tentang kebenaran agama Kristian. Apa yang kamu buat adalah meragukan umat Islam yang jahil terhadap agamanya. Kamu perdaya mereka dengan bantuan duit dan saya akui kamu memang banyak duit. Akhirnya, saya rasa gerakan Missionari seperti kamu bukan bermatlamat membawa orang kepada agama Jesus, tetapi lebih kepada mengeluarkan mereka dari Islam. Itu sahaja. Maka kita tidak sama, kita berbeza!” saya menjelaskan persepsi saya dengan tegas. Di hadapan orang seperti ini, jangan teragak-agak.

“Kamu orang Islam memang pandai berteori, tetapi bila sampai kepada praktikal, jadilah kamu seperti Saddam Hussein,” beliau mula berkasar dengan saya.

“Saya hairan, kenapa kamu asyik menyebut tentang Saddam. Sejak bila kami mewakilkan Saddam untuk melaksanakan Islam? Kamu membenci Saddam, tidak ubah seperti bencinya kami kepada dia. Rasional sikit, tuan! Kamu pun tahu Saddam itu bukan orang yang layak untuk kamu jadikan cermin menilai Islam,” saya cuba menangkis dakwaan beliau.

“Kamu bercakap seolah-olah kamu tahu benar tentang apa yang berlaku di Iraq,” beliau semakin hilang buah perbualan.

“Saya tidaklah tahu serba serbi tentang Iraq. Tetapi untuk saya katakan saya tidak tahu apa-apa, tidak sama sekali. Saya belajar di Jordan, negara jiran kamu. Saya sudah masak serba serbi dengan apa yang ada di tempat kamu,” saya ‘memecahkan’ rahsia latar belakang saya.

“Oh, jadi kamu boleh berbahasa Arablah ya! Baguslah, bolehlah kamu baca Bible di dalam Bahasa Arab. Perbaiki sikit pengetahuan kamu. Jangan tahu menyalahkan Kristian sahaja,” beliau menyindir saya sambil menghulurkan senaskhah Bible di dalam Bahasa Arab.

arabic-bible

“Sepatutnya kamu gunakan Bahasa Arab kamu untuk memahami al-Quran. Saya hairan, bagaimana setelah al-Quran diturunkan di dalam bahasa kamu, kamu masih belum dapat melihat Islam dengan adil. Kamu mahu memilih Islam atau tidak, itu terpulang. Tetapi sepatutnya kamu boleh menjadi seorang Kristian yang lebih baik pengetahuannya tentang Islam kerana kamu boleh berbahasa dengan bahasa Islam. Sesungguhnya beriman atau tidak, ia memang pilihan Allah. Puji untuk-Nya yang telah memilih saya,” saya mahu segera menamatkan perbualan kami.

“Saya beri amaran kepada kamu supaya menghentikan perbuatan kamu memurtadkan orang Kristian di sini. Kami tidak mahu apa yang berlaku di Iraq, kamu bawa ke sini!” paderi tersebut memberi isyarat jari telunjuknya kepada saya.

“Apa yang berlaku di Iraq, memang tidak akan saya bawa ke sini. Saya juga berharap kamu tidak membawa apa yang ada di Iraq ke sini!”, jawab saya.

“Apa maksud kamu?”, tanyanya.

“Sama ada Kristian atau Islam, Kristian Arab dan Muslim Arab, kedua-duanya bermasalah. Suka bertengkar. Jika kamu boleh buang kebiasaan bertengkar kamu, saya kira kita boleh berdiskusi dengan baik. Sudah berkali-kali saya berdiskusi dengan paderi dari kalangan penduduk tempatan. Kami tiada masalah. Berbeza sekali dengan kamu yang datang ke masjid ini dengan penuh emosi sehingga saya pun tidak tahu kamu sebenarnya mahu mengajak perbincangan ini ke mana,” saya perlu bertegas .

Paderi Arab tersebut bingkas bangun, menyerahkan sebuah kaset ceramah tentang kesalahan al-Quran yang disampaikan oleh seorang Missionari di dalam Bahasa Arab dan beliau enggan berjabat tangan dengan saya.

I’ll be watching you!” katanya dengan nada mengugut.

God will be watching us!” saya menjawab sambil menghantarnya ke pintu masjid.

Pengalaman petang itu sentiasa tersemat di dalam fikiran saya. Itulah kali pertama saya berdepan dengan seorang paderi yang provokatif. Sedangkan selama ini saya tidak mempunyai sebarang masalah apabila berurusan dengan ‘rakan sejawat’, khususnya yang bermazhab Katholik.

ISU KALIMAH ALLAH, KAABAH, BAITULLAH DAN SOLAT

theherald

Pengalaman saya di Ireland menimbulkan rasa sangsi yang tinggi terhadap motif di sebalik kekerasan pihak The Herald yang bermati-matian mahu mempertahankan ‘hak’nya menggunakan lafz jalalah kalimah Allah, kalimah Baitullah, Solat dan Kaabah di dalam penerbitan mereka yang berbahasa Melayu.

Biar pun saya menjunjung Islam atas kebenarannya yang menjadi asas keyakinan saya, ia tidaklah pula mewajibkan saya untuk mengheret grandiose attitude, bersifat defensif secara membuta tuli malah keyakinan saya terhadap kebenaran Islam menjadikan isu penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan Kristian berbahasa Melayu terlalu kecil untuk menggugat Islam.

Saya tidak melihat isu ini perlu diselesaikan dengan mengemukakan maklumat berkaitan asal usul kalimah Allah di dalam Bahasa Arab dan perkembangan penggunaannya di luar konteks Islam dan Muslim pada hari ini. Malah keterangan-keterangan al-Quran tentang dialog di antara Islam dan Musyrikin di Mekah tentang Aqidah Tauhid mengesakan Tuhan, menggunakan lafz jalalah sebagai common term yang dirujuk. Apa yang dibetulkan adalah konsep tentang Allah dan bukannya perebutan hak melafaz.

Justeru, jika didalami permintaan pihak The Herald itu, ia mungkin boleh menjadi medan titik dialog yang lebih menyuburkan kefahaman tentang konsep yang betul tentang Islam.

Tetapi jangan pula kita terlalu naif dan kaku di dalam proses berfikir.

Sesungguhnya, kesangsian yang timbul di kalangan Muslim terhadap tuntutan-tuntutan ini juga mempunyai asas yang kukuh. Jika kita berorientasikan output, soalan yang perlu diperjelaskan, apakah hak Jesus yang mahu dipertahankan oleh The Herald dalam isu ini? Mengapa kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat mahu digunapakai di dalam penerbitan versi Melayu dan tidak Inggeris? Bagaimana dengan ritual di dalam sermon, apakah lafaz Allah juga diguna pakai sebagai gantinama sebagaimana gereja-gereja Kristian pelbagai aliran di negara Arab?

Malah, soalan terbesarnya ialah, bagaimanakah kita boleh mengabaikan keraguan terhadap motif di sebalik tuntutan itu ketika komik-komik dan risalah-risalah yang mengelirukan disebar secara tidak bertanggungjawab termasuk di sekolah menengah berdekatan kediaman saya, sebagaimana yang dikemukakan oleh YB Zulkifli Nordin di Parlimen baru-baru ini? Rujuk Hansard Parlimen bertarikh 26 Februari yang lalu. Lafaz Allah digunakan dalam bentuk yang sangat mengelirukan. Bukan mengelirukan saya, tetapi mengelirukan kelompok umat Islam yang sudah sedia jahil terhadap asas-asas agama mereka sendiri.

Sesungguhnya dalam suasana Malaysia seperti hari ini, saya lebih mengharapkan agar kaum Muslim menekuni dan belajar tentang Islam dengan sebaiknya, dan dalam masa yang sama penganut agama Kristian, Hindu dan Buddha juga memperbaiki kefahaman mereka tentang agama masing-masing. Saya percaya, jika semua pihak jujur dalam memegang motif dan niat baik mereka, maka kesemua agama yang ada itu akan mengelokkan pengikutnya.

Apabila pihak The Herald bermati-matian mahu mempertahankan haknya menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka, saya lebih banyak mencium konotasi ‘politik’ berbanding keluhuran agama.

Sewajarnya kita mencontohi suasana seperti di Ireland.

Seseorang memeluk Islam kerana kefahamannya tentang Islam, dan seseorang juga jika mahu memilih agama Kristian, biarlah ia kesan daripada kefahamannya tentang hujah dan rasional di dalam Kristianiti dan bukannya kerana motif-motif yang lain. Pemelukan mana-mana agama kerana terkeliru atau menjadi mangsa kekeliruan, hanya membanyakkan sampah di dalam masyarakat. Tidak berguna untuk mana-mana agama.

Penilaian saya terhadap paderi-paderi Irish yang saya kenal semasa di Ireland berbanding dengan paderi Arab yang berkonfrontasi dengan saya seperti yang diceritakan sebelum ini, ia berbalik kepada soal motif. Apabila kita berniat baik, empat orang Minister of Religion boleh mempunyai 1001 agenda untuk mereka duduk semeja dan saling bekerjasama untuk kebaikan komuniti masing-masing.

Tetapi apabila motif dicemar oleh dendam, emosi dan membawa kepentingan-kepentingan selain kepentingan prinsip keluhuran beragama, perbezaan di antara sistem-sistem kepercayaan ini boleh menjadi api marak yang membakar segala-galanya.

Ia adalah sebuah pertarungan yang LOSE-LOSE.

3_69 “Segelintir daripada ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu)” [Aal ‘Imraan 3: 69]

Lakum Deenukum Wa Liya Deen!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidika

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur