Thursday, March 19, 2009

"PENTING KE ILMU TU..."



**********

Penting ke ilmu tu… ni merupakan suatu persoalan pada diri aku pada suatu ketika dulu. Aku teringat ketika aku masih kecil…

Mama : mie… asyik main je. Bila ko nak baca buku. Apa faedah yang engkau dapat…

Aku : nanti lah ma. Baru ja nak main ni. Asyik baca buku, ulang kaji ja. Bosan la…

Mama : tu lah kau.baru baca buku 1 jam, mainnya 5 jam. Bila kau nak pandai..

Itu lah yang selalu mama, ayah aku leterkan. Tapi aku tak tau betapa pentingnya ilmu tu pada diri aku, yang aku tahu hanya keseronokan. Enjoy. Biasa lah belum matang lagi. Sehinggalah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti, kenal dunia luar yang penuh pancaroba… baru aku menyedari apa yang mama, ayah aku leterkan pada suatu ketika dulu adalah benar. Kita akan dihinjak-hinjak dan diperbodoh-bodohkan bila kita tidak mempunyai ilmu. Kita jadi seorang yang jahil.

**********

Nak tahu betapa pentingnya ilmu itu, berdasarkan sebuah hadis. Hadis ni agak terkenal, dan kita juga pernah mendengarkannya.

“tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China”

Hadis ni bukan lah menyeru kita untuk tuntut ilmu ke Negara China. Tapi mempunyai pesanan yang begitu mendalam. Betapa jauhnya Megara Arab dan China pada zaman dahulu. Yang tidak ada kenderaan maju seperti zaman sekarang, sanggup menuntut ilmu. Kepentingan ilmu itu diperakui oleh Allah S.W.T dengan turunnya wahyu yang pertama iaitu surah al- ‘Alaq yang bermaksud

“bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhan mu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan daripada sebuku darah beku, bacalah dan tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Tiada siapa tahu hakikat kebesaran Allah tanpa membaca kitab suci al-Quran. Tidak juga jika tidak cuba memahami maksudnya melalui bahasa yang difahami. Sama ada difahami melalui pembacaan, ajaran pakar tafsir yang ahli dalam bidangnya atau gandingan halaqah yang membincangkan makna setiap ayatnya, semuanya berbalik kepada pembacaan

Orang yang berilmu, darjatnya adalah tinggi disisi Allah. : "Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujaadalah, ayat 11).

Kalau kita mempelajari ilmu sejarah, pada zaman Rasulullah begitu menekankan pendidikan ilmu ini. Begitu juga di Negara Jepun. Selepas digugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pentadbiran Negara membuat dasar yang paling utama iaitu menekankan kepada setiap rakyatnya membaca dan mencari ilmu. Bukan ketenteraan yang dimajukan dahulu, tetapi menyuruh rakyatnya membaca. Dan hasilnya Jepun menjadi sebuah Negara yang termaju berbanding Negara barat walaupun pada asalnya Negara barat adalah sebuah Negara yang maju. Nampak tak, peri pentingnya ilmu itu..


Manusia diciptakan Allah menjadi seorang khalifah di bumi ini. Yang membezakan antara yang lain adalah kemampuan berfikir dan manilai sesuatu kejadian itu. Untuk berfikir dan menilai itu juga perlukan ilmu, dunia dan akhirat. Kemahiran itu tidak dapat dimanfaatkan jika minda tidak dibekalkan dengan keperluan dan makanan yang sepatutnya diberikan. Ia menjadi beku, dan tidak berfungsi. Allah mengajarkan manusia supaya memohon untuk menambahkan ilmu.

"Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku." (Surah Taahaa, ayat 114)

Oleh itu, sedarlah. Kita banyak ditipu oleh tipu daya dunia disebabkan kelonggaran akidah. Dimana kita sendiri yang tidak mahu menuntut dan menambahkan ilmu yang ada. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pencarian ilmu itu sangat meluas dan begitu mudah kerana penggunaan teknologi yang tinggi. Oleh itu, jangan lah menjadikan alasan untuk tidak menuntut ilmu. Orang yang berilmu itu bukan lah hanya sekadar menjunjung segulung ijazah, tetapi ia disertakan dengan perilaku dan akhlak yang mulia dan penuh tauladan.

**********


Ibarat pantun…


Buai laju-laju,

sampai pokok sena,

Pandai baca buku,

jadilah orang yang berguna.



Buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

kl salah tolong tunjukkan...

No comments: