Friday, March 6, 2009

Family day kelab...

Assalam...

Bertemu kembali... Tetapi pada hari ni mie nak kongsi sedikit pengalaman dalam program atau aktiviti 'family day' kelab Fasilitator DPP YAB, UUM. Walauapun aktiviti ini dinamakan 'family day', tetapi tiada family pun yang terlibat.. hehehe.. nak bawa family macam mana, masing masing belum berkeluarga.. Walaubagaimana pun, kami ahli-ahli kelab fasi ni dah seperti sebuah keluarga besar... Ada 'bapa' (Abg Ash, selaku presiden dan Ketua Fasi), tapi... ibu pula tak da... Yang ada cuma pembantu saja ( Abg Razak) dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang lain.. hehe...
Sebenarnya, aktiviti ini berlangsung pada 24hb februari yang lepas bersamaan hari selasa. Seramai lebih kurang 15 ahli jawatankuasa dan 80 peserta terlibat dalam menjayakan program ni... Pada permulaan aktiviti ni memang ada masalah. Biasalah kan. Maklumlah mie masih tak ada pengalaman dalam urusan-urusan seperti ini... Nasib baik ada orang yang berpengalaman, abg Ash, Abg nizam, arif, abg adib, kak wan nor dan yang lain-lain. Terima kasih ya sudi membantu menjayakan aktiviti cheq ni.. hehehe. Memang bayak pengalaman dan kenangan manis dapat dikumpulkan.



sedang berbincang apa lah tu...


Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli-ahli baru dan lama (junior dan senior) dalam kelab fasi ini... Untuk merapatkan lagi jurang hubungan yang sedia ada.. Lagi pun dalam aktiviti seperti ini lah nak kenal-kenal antara satu sama lain... Yelah ada ahli baru... lagi pun kalau beramah mesra dalam keadaan seperti ni kan lebih molek gitu.. Tidak lah secara formal. Tak lah bosan sangat sebab ada aktiviti yng akan dilakukan.


Abg Adib memberi hadiah kepada peserta


Antara pengisian dalam 'family day' ini adalah aktiviti 'explore race' yang disertai oleh ahli kelab sendiri dan beberapa peserta bukan ahli yang berminat untuk menyertai. Sebanyak 8 kumpulan menyertai 'explore race'. Semua peserta dilepaskan pada jam 3 petang. Selain itu, yang paling menarik adalah kami ada buat ayam panggang, kerang bakar dan lain-lain makanan. Boleh dikatakan 'simple' juga lah.. Itu yang menarik... Setelah penat lelah, makan dan minum sambil sampaikan hamper kepada para peserta... pulak tu tempat tu di tepi tasik. Fuh,... memang menarik 'pemandangannya'. Hilang segala tekanan yang ditanggung.. Dengan gelak tawa daripada AJK dan ahli-ahli kelab.


wah, abg KF kita, control macho gitu...


Dengan aktiviti seperti ini, insyaAllah akan dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Dengan tujuan yang baik lagi murni demi kegemilnagan, kesejahteraan, keceriaan, dan kesepaduan antara setiap ahli dalam kelab. Demi memupuk rasa tanggung jawab, tolong menolong dan mewujudkan kasih sayang antara sama lain. Yang penting kita tahu bagaimana nak melatih diri untuk menjadi yang terbaik samada seorang fasilitator mahupun seorang hamba Allah. tidak lupa juga kepada semua AJK dan ahli kelab yang telah banyak memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. InsyaAllah akan dilakukan pada semesta-semesta akan datang...

GALERI :


berposing sakan dengan peserta...


penyampaian hadiah


nak ayam..nak ayam.. (kata upin,ipin)

wahhh, abg adip..propose ayam ka..


4 comments:

Ketua Fasi DPP Yab said...

tahniah!!..ALHAMDULILLAH bejaye gak family day fasiclub yab ni kan..jgn penin2 wat report udah la ek mie...hihi..jgn serik wat lagi prog ek...

mie said...

hahaha... terima kasih atas persinggahan dan sokongan abg ash.. mie banyak lagi yang perlu belajar daripada abg... nak kata serk tu.. adalah juga.. tapi.. tak lah sam pai mematahkan semangat..hehehe.. nampaknya..kelab fasi YAB dah maju setapak dan akan maju lagi dengan beberapa tapak kehadapan... Jikalau boleh, biarlah kelab Fasi Yab ni berdiri dengan kaki sendiri...bukan dibawah kaki orang lain..agak susah la...hehehe pandangan ja..

LuVeN@yR@H.. said...

alhamdulillah...berjaya jugak akhirnye kelab fasi YAB nie wat family day kan..dah 2tahun lebih bersama dgn kelab fasi,ni la baru nak rase family day.
anyway,tahniah jugak utk pengarah projek n ketua kelab fasi yg bersungguh laksanakan family day nie..walaupun jadi penjaga checkpoint tapi tetap rasa kemeriahan family day ni sebab dapat berkenalan dgn junior2..thanks yer mie sebab bg akak ruang utk join family day hari tu=) jasamu kukenang....

mie said...

terima kasih juga pada akk.. yang pertama sudi terima untuk menjadi penjaga cheack point.. tanpa akk @ kurang seorang.. kuranglah cheack point..lagi pun akk orang yang berpangalaman dalam kelab fasi ni juga kan.. yang kedua terima kasih kerana sudi melawat blog mie ni..da masa lawat lah lagi na.. jasa akk juga amat mie kenang... projek ni berjalan pun atas kerjasama ramai pihak.. tanpa mereka mie tak dapat nak lakukannya kak... terutama sekali pada abg ash, banyak beri tunjuk ajar pada mie.. dan juga pada yang lain.. yang penting... akk dan semua ahli kelab happy!!! itu yang mie nak..