Monday, November 3, 2008

kelebihan basmalah.....

Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Oleh itu,mulakan lah kehidupan seharin kitadengan membaca bismilla dan diakhiri dgn alhmdulillah...

Sunday, November 2, 2008

Kehidupan suatu pakej…

Life is a package .. Betul ke kehidupan ni berpekej. Tak tau lah, pandangan setiap insane adalah berbeza. Tapi pernah tak kita berkata pada diri kita… Tanya pada hati kecil kita…

Kadangkala kita berkata, "kalau aku jadi seperti si fulan, bergaji besar, dah tentu aku pergi Genting setiap hujung minggu". Dah tentu aku pergi melancong ke luar Negara. Dapat miliki apa yang kita nak. Tapi pernah tak sesekali kita merenung pada diri kita bahawa ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. 

Kadang kala aku merasakan kehidupan ini adalah satu pakej hamper yang lengkap. Hamper, yang selalu kita dapat cabutan bertuah tu… Di dalamnya ada biskut, ada "canned food", ada mee segera, ada air cordial, air botol dan lain-lain lagi. Memang banyak dan rasa bangga dan happy bila dapat hamper kan… Yelah, baru pertama kali dapat lah katakan.
Tetapi tak semua hamper yang ada sama nilai dan kandunganya. Kadangkala kandungan itu berbeza-beza tetapi nilai pakej-pakej itu telah diaturkan agar semua serupa.

Tetapi kandang-kala kita masih merasa "envy" dengan pakej orang lain yang ada laici, tetapi kita tidak sedar yang kita dapat botol air oren sedangkan orang itu hanya dapat "mineral water" sahaja.

Kadang-kala kita menyesali mengapa biskut dalam pakej hamper yang kita dapat, masuk angin, sedangkan biskut orang lain mempunyai kandungan yang rangup. Tetapi kita tidak selidiki kotak biskut itu, sebab dalam dasar kotak itu mengandungi sekeping kertas "Tahniah anda menang sejuta ringgit", dan orang lain tidak mendapatnya.

Cuba fikirkan dan renungi ..

Sesungguhnya setiap orang mempunyai 24 jam, perlu tidur, perlu makan, perlu kasih saying dan disayangi dan pelbagai keperluan lain yang menjadi sebahagian daripada keperluan hidup sebagai seorang insane di bumi Allah ini. Mungkin ada yang kekurangan dalam sesuatu keperluan tetapi mempunyai kelebihan tersirat dalam keperluan lain. Yang pasti kita perlu berasa bersyukur atas kurniaan rahmat dan kasih Allah kepada kita. Pentingnya, kita masih perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita perlukan. Tanpa usaha dan tawakal tidak pasti kita akan mudah memiliki apa yang kita inginkan.