Friday, September 19, 2008

PENERBITAN AKHBAR SINTOKONLINE.....

Tahniah say ucapkan kepada barisan jawatankuasayang bertungkus lumus dalam penghasilan akhbar UUM ini..


Ia dihasilkan oleh Pelajar Program Teknologi Media yang diketuai oleh barisan pensyarah Fakulti Komunikasi & Bahasa Moden. Dengan tujuan memberi latihan kepada para pelajar yang mengambil program ini. Ahaks...sudah tentu berita-berita yang ditulis meliputi aktiviti yang berlaku di dalam dan luar UUM. Selain daripada itu, tujuan utama akhbar ini diterbitkan untuk memberi peluang kepada pelajar mendekati masyarakat setempat... Maksudnye membiasakan diri terhadap situasi sekeliling agar tidak kalut apabila berhadapan dengan alam pekerjaan...


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli...tidak mahal dan tidak murah.hanya RM1.50 shj. Kandungan akhbar keluaran ini mengandungi pelbagai informasi yang terkini dan isu-isu semasa yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Semoga berjaya dalam penerbitan yang akan datang. Tahniah.

Wednesday, September 17, 2008

RAMADHAN..BULAN PENUH KEBERKATAN...

Hari ini merupakan hari yang begitu bersemangat dalam diri saya..kerana apa...hehe... Yang pertama saya berada dalam bulan Ramadhan...yelah walaupun dah hampir setengah bulan kita mengerjakan ibadah puasa.. Yg kedua pula, saya sudah menyiapkan separuh tugasan yang pensyarah saya bagi..fuh..meletihkan dan menguji kesabaran betul.. Tapi tak pe...dah namanye pelajar..mesti belajar dan penuh rasa minat dan bersungguh-sungguh..

Pada kali ini, bukanlah saya hendak berkongsi tentang aktiviti saya hari ni..tetapi ingin berkongsi maklumat yang saya baca...iaitu berkatan dengan Fadhilat Berpuasa... Yelah mungkin ada diantara rakan-rakan kita yang masih belum arif atau kita boleh saling ingat mengingati..

  • Tahukah anda manfaat puasa dari segi perubatan??

Buah kurma, merupakan buah yang tidak asing lagi pada kita ketika di bulan puasa.. Bila bulan puasa menjelma, adalah orang yang menjual kurma.. Dalam kurma, terdapat kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga bagi pemakannya (maklumlah seharian tak menyuap makanan).

Berpuasa juga dapat menurunkan berat badan diantara 5-7 kilogram sepanjang Ramadhan. Malahan selalunya ia lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secaramendadak sekranya berhenti berpuasa. Berpuasa juga memberi ruang kepada saluran pencernaan untuk berehat setelah hampir setahun bekerja keras untuk memproses makanan seharian. ia dapat memberi kesempatan kepada salurnan pencernaan ini berehat kira-kira 18 jam sehari.

Menurut kajian klinikal, perangai manusia yang berpuasa di bulan Ramadan lebih bersifat tenang berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu, walaupun bulan Ramadhan sudah berakhir, amalkanlah berpuasa sunat...kerana ia beri banyak manfaat dalam diri selain mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T

  • Solat terawih mwmproses makanan.... Beetul ke???

Yaaaa...memang benar.. Sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu perkara itu tidak sia-sia. Solat terawih ini dapat memetabolismakan (memproses) makanan yang telah kita makan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga. Ia dapat memetabolismakan sehingga 200 kalori. Ia juga merupakan senaman ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular iaitu sistem jantung dan pengaliran darah. Juga melatih mendisiplinkan diri terutamanya kepada perokok-perokok yang setia. Ia dapat mengurangkan nikotina yang berbahaya dan juga racun-racun lain yang berada dalam kandungan rokok itu sendiri dan juga badan perokok juga kepada orang disekeliling mereka...

  • Dari segi pemakanan pula...

Memiliih makan yang seimbang ketika berbuka dan juga bersahur. Ketika berbuka tidak perlu makan terlalu banyak. Disunatkan memakan buah kurma kerana kandungan gullanya yang tinggi dapat memberikan dan mengembalikan tenaga yang kita gunakan dalam seharian. Bagi mengekalkan kesihatan sepanjang bulan Ramadhan , seseorang itu perlu mengambil makanan daripada jenis roti dan bijirin, susu dan prodak tenusu daging dan kekacang, sayur-sayuran, dan buah-buahan serta sedikit lemak dan gula. Banyakkan memakan kurma ketika berbuka, keranan mengandungi gula, serat, karbohidrat kompleks dan garam galian sebagai sumber tenaga. Makan pisang kerana ia mengandungi banyak garam magnesium.

  • rahsia tersembyi bulan Ramadhan...

Terdapat bayank rahsia yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan ini yang perlu kita singkap.. Berdasarkan kitab al Ibadah Fil Islam yang dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Dr Yusof al-Qardawi membentangkan 5 rahsia yang boleh dinikmati dalam bulan Ramadhan :

  1. Mengukuhkan jiwa

Dalam bulan puasa ini kita umat islam diperintahkan untuk mengawal hawa nafsu bahkan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan yang lain. hal ini bermaksud adalah mengawalnya bukan bermaksud membunuhnya sehinggakan hilang nafsu atau keinginan yang bersifat duniawi. Peperangan antara manusia ahnya merugikan nyawa dan harta benda tetapi kelalahan dalam menentang hawa nafsu akan memberi kesan di dunia dan juga diakhirat.

2. Mendidik keinginan dan kemahuan

Berpuasa mendidik diri kita untuk memiliki keinginan yang kuat terhadap melakukan perkara kebaiakan, walaupun azamnya terhalang oleh pelbagai rintangan.. Sesungguhnya sabda Rasullullah yang bermaksud : 'puasa itu separuh daripada kesabaran' dan juga ' sabar itu separuh daripada keimanan' .

3. Menyihatkan badan

Selain daripada menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan rohani juga memberikan kesihatan kepada jasmani. Perkara seperti ini telah dibuktikan oleh Rasulullah sendiri..bahkan trut dibuktikan oleh pakar-pakar dan doktorperubatan moden.

4. Mengenal nilai kenikmatan.

hakikatnya, bgitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada hambanya..tetapi kebanyakan daripada mengkufuri nikmat yang telah diberikan.... Astaghfirullah....

5. mengingati dan merasai penderitaan orang lain

Dengan berpuasa kita dapat berkongsi dan merasai penderitaan orang-orang yang kebuluran dan penderitaan orang-orang yang susah. Oleh itu bersyukurlah kita kerana walaupun kita berasa susah tetapi kita masih mampu untuk memiliki makanan yang lazat..

Tuesday, September 16, 2008

Kenangan....

"Kenangan" tak asing lagi dalam kehidupan seharian kita...ia menggamit seribu satu jawan dan persoalan dalam kehidupan seharian kita...kenangan adalah sesuatu perkara yang sudah kita tinggalkan..merupakan memori yang lepas tetapi kita masih mengigatinya...is akan menggamit seribu satu perasaan yang muncul...samada sedih, gembira, terluka, dan sebagainya....huh..hanya pemilk kenangan itu sahaja yang tahu bagaimana rasanya...kadangkala dengan memori yang lampau, akan membuatkan diri kita menjadi kuat bagaikan seorang perwira...menjadi kuat untuk melemparkan senjata kepada musuhnya...tetapi tidak semua berasa begitu..kadangkala juga ia dapat menjatuhkan kita daripada alam realiti..jatuh? Ya, jatuh dan lemah bagaikan seorang anak yang kehilangan ibunya...begitulah lumrah kehidupan seorang manusia..

Adakah dengan kenangan masa lampau itu kita boleh buang???hulangkan daripada ingatan???ish.ish.ish....tak semudah yang kita sangkakan...tidak kiralah samada pahit ataupun manis sesebuah kenanagan itu, kita tidak mampu untuk melupakannya..

BOLEH!!!!Aku boleh melupakan segala-galanya...pembohongan itu amat jelas sekali dala diri anda..kita boleh menipu ramai orang, tetapi adakah kita boleh menipu diri kita sendiri.. Tepuk dada tanyalah selera...

sesuatu yang pernah menjadi titik hidup dan sejarah dalah diri, tidak mungin kita mudah untuk melupakannya..nak buang..buanglah sejauh mana ia tetap akan diingatan..kenangan juga bukanlah seperti api yang boleh dipadam hanya dengan air, atau api, atau pasir dan sebagainya..ia tetap akan kembali...ia mungkin akan memberikan kita rasa kecewa, sakit, sedih dan juga mungkin kita dapat rasa gembira, suka dan membuatkan kita tersenyum sendirian...itulah kenangan..ia suatu memori yang Allah kurniakan kepada setiap insan di dunia ini... Kita patut bersyukur mempunyai memori seperti itu.

Kenapa kita tidak saja jadikan memori silam itu sebagai suatu anjakan paradigma dalam diri kita??tadakkah itu lebih molek daripada kita ingin melupakan segala-galanya..kan lebih baik begitu..memori yang pahit kita jadikan sebagai panduan dalam hidup kita untuk menjadi seorang insan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..bisa juga kita jadikan yang manis, gembira sebagai pendorong kita..yang dapat memberikan kita sinar bergemerlapan di masa hadapan.kenagan silam juga merupakan guru kehidupan..ia suatu pengalaman dan pengembaraan diwaktu silam..alangkah bagusnya begitu..tapi ramai yang tewas dalam kenangan.. Kenanagan pahit...tidakkahmereka rugi?

Kenangan tiba lagi..ia bagaikan tetamu yang tidak diundang..antara sedih dan gembira, antara suka dan duka, kita kena lalui..itulah kehidupan..it is a low of being human life..ia tidak berbohong sama sekali..tidak...

Detik-detik yang kita lalui adalah merupakan sejarah hidup..suatu pengembaraan kehidupan yang mesti dilalui.. Kenangan merupakan memori yang lepas, kehidupan adalah hari esok..esak kita tidak ketahui..kita insan kerdil...hanya berusaha dan bertawakal dan merancang, tetapi semua itu Allah yang menentukan..itu lah Qada' dan Qadar..yang perlu kita mempercayainya..Wajib... Yang pastinya, kita perlu teruskan kehidupan yang akan datang..mencapai bintang diangkasa, menggapai awan dilangit...mengejar citi-cita. sampai ke puncak menara..itulah yang perlu kita lakukan..untuk memperjuangkan kehidupan didunia juga kehidupan yang hakiki disana...

Friday, September 12, 2008

huh..kekuatan...

kekuatan???apa itu kekuatan??bagaimana nak perolehinya??itu lah persoalan yang sering saya mahupuun orang lain fikirkan..saya juga seperti insan lain yang lemah, dan daripada itu saya juga inginkan kekuatan dalam diri saya untuk saya meneruskan perjuangan hidup..tapi bagaimana..kekuatan boleh dikategorikan kepada 2keadaan iaitu kekuatan dalaman(rohani dan emosi) dan kekuatan fizikal..bagi saya kedua-dua kekuatan ini amat penting dan kita perlu seimbangkan kedua-duanya, terutamanya bahagian rohani..dalam rungan ini, saya fikir nak berkongsi sedikit pengalaman hidup saya...

saya nak berkongsi pun sebab saya sering terfikir bahawa apabila seseorang hilang daya kekuatan dalam dirinya....terus give up...saya merasakan itu bakan lah jaln yang terbaik pun..ini kerana ada sesetengah rakan saya yang bermasalah sering seperti ini..dengan alasan

'aku dah tak da kekuatan lagi...dorongan untuk aku dah tak da...lebih baik aku give up'

saya anak pertama daripada 3orang adik beradik...keluarga saya sederhana(walauppun sederhana dapatlah juga saya hidup berkeadaan selesa :) )ibu saya menghidap penyakit kanser payu dara manakala ayah pula sakit jantung (Alhamdulillah sekarang dah pulih walaupun tak sepenuhnya). huuuuuuu.....memang mencabar dalam berkeadaan sebegini sewaktu saya masih belajar...sangat tertekan...pernah juga saya terfikir nak berhnti belajar...tapi saya berfikir kembali bagaimana dengan masa dpan saya pula....adakah cerah secerah mentari yang bersinar..Ya Allah....hanya Allah saja yang tahu apa yang saya alami...dengan menjaga ibu di hospital, belajar di sekolah...nak exam lagi....memang tercabar...

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga melanjutkan peajaran di Universiti...sepanjang tempoh saya melalui sumu tu...banyak yang saya dapat...bagaimana menguruskan diri dan emosi dalam keadaan 'konflik'..apa yang penting mind set kita nak betul...jangan jadikan masalah itu sebagai masalah...tetapi jadikan ia sebagai motivasi dalam diri kita...haaaa, masalah tu kan negatif..motivasi tu posotif..jadi kita perlu bijak menukar negatif kepada positif..mind set...lagi pun dah banyak pakar-pakar motivasi mengatakan kepentingan berfikiran psitif...banyak kelebihan.....tapi kadang-kadang yang negatif pun perlu juga (dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal) unutk memajukan diri...sebab daripada negatif tu la yang dapat mewujudkan inisiatif baru dalam memajukan sesuatu perkara terutamanya dalam diri...ia seumpama menjadi booster/anjakan paradigma...

satu lagi sunnah rasullullah...yang perlu kita lakukan....tak berat pun...SENYUM...ukirkanla senyuman yang ikhlas dan palaing manis dalam hidup anda...kerana ia dapat memberi kesan yang positif dalam membangunkan mood anda, dan dapat meningkatkan energy diri....ia merupakan suatu kuasa yang luar biasa yang Allah kurniakan kepada hambanya....Syukur Alhamdulillah...kita lihat contah rasullullah sahaja dah mencukupi...betapa cekalnya baginda mengharungi dugaan untuk menyebarkan agama islam...baginda tetapi ukirkan senyuman..saya ada membaca beberapa buku yang dikarang oleh pakar psykologi islam mahupun barat...senyuman ini memberikan kita seribu makna..dengan senyuman jugalah yang dapat membangunkan dan menjatuhkan seseorang...nampak tak betapa besarnya kehebatan senyaman ni...daripada senyuman...setiap tindak tanduk dan corak pemikiran kita aka menjadi lebih tersusun...menjadi tenang tidak kelamkabut..dengan senyum juga kita menjadi sihat...minda cerdas, badan pun sihat...betul tak..

jangan terlalu bergantung pada kekuatan orang lain..ni yang selalu terjadi...bila dah tak da dorongan orang lain..jadi takk tentu hala..carilah kekuatan dalam diri sendiri..saya yakin setiap orang mempunyai kekuatan yang tersendiri..jadi kita lebih yakin unutk melakukan sesuatu perkara..lagipun sampai bila kita nak bergantung pada orang lain???

yang paling penting...sudah tentula memohon kepada yang maha Esa..banyakkan mendekatkan diri kepadaNya...ini yang amat penting dalam segala hal..

begitu lah yang saya lakukan unutk meneruskan kehidupan dengan harapan ia lebih bersinar pada masa hadapan...

"jangan menyerah kalah sebelum kita habis berjuang, selagi keputusan kita tidak ketahui"

"when you know want you want, and want it bad enough, you will finda way to get it"
Jim Rohn:motivational speaker, philosopher and author

jalanilah kehidupan denga penuh bermakna..dan dengan ketabahan yang ada...

Wednesday, September 10, 2008

assalamualaikum....

terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini...hehehe...selamat bulan ramadahan kepada pengunjung beragama islam...huh...penat juga saya nak menghasilkan blog ni. maklumlah pertama kali nak menggunakan blog ni...saya agak tertarik untuk membangunkan laman blog ini atas inisiatif unutk berkongsi ilmu dan pengalaman daripada pembaca. selain itu, ia juga berkemungkinan boleh mengembangkan idea dan pengalaman saya dalam bidang teknologi dan penulisan...disamping mengisi masa lapang yang tek tau nak di isi..selamat membaca!!!