Sunday, November 2, 2008

Kehidupan suatu pakej…

Life is a package .. Betul ke kehidupan ni berpekej. Tak tau lah, pandangan setiap insane adalah berbeza. Tapi pernah tak kita berkata pada diri kita… Tanya pada hati kecil kita…

Kadangkala kita berkata, "kalau aku jadi seperti si fulan, bergaji besar, dah tentu aku pergi Genting setiap hujung minggu". Dah tentu aku pergi melancong ke luar Negara. Dapat miliki apa yang kita nak. Tapi pernah tak sesekali kita merenung pada diri kita bahawa ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. 

Kadang kala aku merasakan kehidupan ini adalah satu pakej hamper yang lengkap. Hamper, yang selalu kita dapat cabutan bertuah tu… Di dalamnya ada biskut, ada "canned food", ada mee segera, ada air cordial, air botol dan lain-lain lagi. Memang banyak dan rasa bangga dan happy bila dapat hamper kan… Yelah, baru pertama kali dapat lah katakan.
Tetapi tak semua hamper yang ada sama nilai dan kandunganya. Kadangkala kandungan itu berbeza-beza tetapi nilai pakej-pakej itu telah diaturkan agar semua serupa.

Tetapi kandang-kala kita masih merasa "envy" dengan pakej orang lain yang ada laici, tetapi kita tidak sedar yang kita dapat botol air oren sedangkan orang itu hanya dapat "mineral water" sahaja.

Kadang-kala kita menyesali mengapa biskut dalam pakej hamper yang kita dapat, masuk angin, sedangkan biskut orang lain mempunyai kandungan yang rangup. Tetapi kita tidak selidiki kotak biskut itu, sebab dalam dasar kotak itu mengandungi sekeping kertas "Tahniah anda menang sejuta ringgit", dan orang lain tidak mendapatnya.

Cuba fikirkan dan renungi ..

Sesungguhnya setiap orang mempunyai 24 jam, perlu tidur, perlu makan, perlu kasih saying dan disayangi dan pelbagai keperluan lain yang menjadi sebahagian daripada keperluan hidup sebagai seorang insane di bumi Allah ini. Mungkin ada yang kekurangan dalam sesuatu keperluan tetapi mempunyai kelebihan tersirat dalam keperluan lain. Yang pasti kita perlu berasa bersyukur atas kurniaan rahmat dan kasih Allah kepada kita. Pentingnya, kita masih perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita perlukan. Tanpa usaha dan tawakal tidak pasti kita akan mudah memiliki apa yang kita inginkan.

No comments: