Friday, February 27, 2009

Apa yang ditanam itulah hasilnya ...

Dalam dunia ini pelbagai keinginan yang kita inginkan. Betul tak? Kalau boleh sumua kita inginkan. Tetapi apa yang diharapkan selalunya tidak dapat seperti apa yang diinginkan. Dan semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini tidak mustahil. Allah yang menentukan setiap perjalanan kita, tetapi perlu ingat, unutk mencapai setiap perkara yang diinginkan kita perlulah berusaha, samada kebahagiaan, kejayaan dan sebagainya.

Sepanjang diri ini bernyawa, berapa banyak perkara yang perlu kita capai? Semua yang kita inginkan adalah yang terbaik bukan? Itu adalah fitrah manusia. Manusia sememangnya inginkan yang terbaik. Ia tidak menjadi kesalahan dan tidak juga melanggar hukum alam. Tetapi pernahkah kita menyedari sesuatu? Bahawa adakah diri kita juga terbaik? Seiring dengan apa yang kita inginkan? Jikalau kita inginkan orang menyayangi diri kita dengan sepenuhnya, tetapi diri kita tidak seperti itu, adakah kita akan berjaya memilikinya? Jikalau inginkan kejayaan, tetapi usaha yang dilakukan tidak setanding dengan apa yang kita inginkan, adakah Berjaya impian itu dikecapi? Andaikata semua yang kita inginkan telah kita perolehi dengan sempurna, tetapi tidak dijaga, dipelihara dn dibaja, mungkinkah ia akan berkekalan lama? Ketika diri ini inginkan mereka menepati janji, tetapi kita sendiri mungkir janji dengan apa yang kita janjikan.

Semua persoalan ini seringkali daku persoalkan dalam hati dan jawapannya, bergantung kepada hasil pendapat seseorang. Yang pasti sebelum keinginan yang kita iniginkan itu sempurna, lihatlah diri, cerminlah diri. Muhasabah. Adakah diri ini baik untuk mendapatkan yang terbaik.

Sememangnya, kita sering melakukan kesilapan. Yang di depan mata diabaikan dan dibuang, untuk mendapatkan yang terbaik daripada yang baik. Sebagai renungan tercalit ungkapan sajak yang dipetik daripada buku JANGAN BERSEDIH.

Wahai orang yang mengeluh,

Padahal tiada yang menjangkiti mu,

Bagaimana engkau ingin beraktiviti jikalau badan mu sakit?

Sesungguhnya, penjahat yang paling buruk dibumi adalah seorang yang takut pergi sebelum berangkat,

Engkau hanya melihat duri pada bung mawar,

Tetapi engkau tutup mata sehingga tidak melihat embun yang menghiasi bahagian atasnya,

Hidup ini sangat meletihkan bagi yang menganggap ia sebagai suatu bebanan,

Orang yang tidak menghiasi kehidupanya sebagai suatu yang indah,

Tidak akan melihat dunia ini adalah indah, malah diakhirat juga

Maka nikmatilah keindahan pagi selama mana engkau berada padanya,

Dan janganlah engkau takut kehilangannya,

Sebelum in lenyap sendiri.

Jika kepala mu dipenuhi kesusahan,

Jangan engkau berfikiran agar tidak berpanjagan,

Burung-burung dipuncak gunung juga tahu hakikatnya,

Maka sungguh tercela jikalau engkau masih tidak mengetahuinya dan menyedarinya.

Mereka tidak peduli ladang itu milik siapa,

Selama mana sereka masih boleh bertenggek dan bersarang padanya.

(maaf kepada penulis buku, heheh.. ada pengubahsuaian sedikit )

Wednesday, February 18, 2009

APA YANG PATUT KITA KATA...ermmm...

Bismillah...


Pernahkah kita diuji sepanjang kita hudup?? Apakah bentuk ujian itu?? Dan apakah yang kita ungkapkan atau lahirkan daripada bibir yang mekar merah menawan?? adakah ungkapan yang lahir itu adalah ungkapan yang baik-baik?? Sememangnya diri kita ini lemah dan sering terlupa... Sebenarnya kita sentiasa merasakan kesusahan sepanjang hidup, tetapi dengan berfikir bahawa masih ada yang lebih teruk ujian hidupnya... sudah pasti kita akan berasa tenag sedikit... Allah akan memberi ujian kepada hambanya mengikut kemampuan seorang hamba NYa... dengan tujuan sejauh mana hambaNya mengigatiNya... maka ucapkanlah ungkapan-ungkapan yang baik...


1. BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA "AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH"

2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA "AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU. KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU."


3. JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA "KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH"

4. JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA >ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA ANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"

5. JIKA ADA ORANG MEMUJI KITA DI BELAKANG ATAU DI HADAPAN KITA, KITA RASA MALU, RASA BERDOSA MERASA TERSEKSA JIWA KITA TIDAK TIDUR MALAM DIBUATNYA KITA BENCI DENGAN KATA-KATA ITU

Tuesday, February 17, 2009

hugging anyone that you love...

So hold close everyone you know!

Hug your friends, everyone that you love them!

even they are your enemy...

The hug is my favorite sign of affection.






It can mean so much and many things at the same time.
It can be a sign of love, friendship, support, caring, comfort or anything.
So here you go. All I can say it will do is brightening someone's day.
I mean, we all need a hug once in a while.
That a fact!!
God Bless you, your family, your friends, and the special one!!!

While you hugging someone, you can feeling better.
feel treasured and adorable sense self...



That all about hugging someone!!!

Sunday, February 15, 2009

Renungan bersama...

Hidup ini adalah anugerah..

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucap kata-kata kasar,ingatlah akan seseorang yang tidak boleh@bisa berbicara.

sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

sebelum engkau mengeluh tentang suami@isterimu, ingatlah seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan orang yang menganggur.

ketika engkau dikurniakan pancaindera yang baik dan tubuh badan yang sihat, ingatlah orang buta dan pekak yang tidak bisa menikmati keindahan dunia serta orang cacat yang tiada kaki atau tangan atau kedua-duanya.

sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain. ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima-kasihlah pada Allah s.w.t kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah ia sebaik mungkin. Nikmati setiap saat dalam hidupmu dengan menggunakan akal yang bijak, ilmu yang diperolehi dan kesempatan yang ada kerana itu mungkin tidak akan berulang lagi.

Renungan ini di petik dan di ambil daripada ruangan www.cikgu.net.com

Saturday, February 14, 2009

perlumbaan katak beramai-ramai...

Assalam...

Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan pembaca. pada kali ini saya kongsikan berkaitan dengan perlumbaan katak. Macam pelik ja kan... Tapi nak ketahui bacalah dibawa ini...

Pada suatu hari...

Di suatu kawasan ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba sesama mereka. Nak tahu tujuan mereka untuk apa? Tujuannya adalah menakluki menara puncak yang tertinggi sekali. (seperti gunung everest kot). Siapa yang berjaya, dia lah hero dan wira dalam kalangan katak-katak kecil itu.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Masing-masing bersorakan...

Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujurnya:
Tidak satu pun penonton yang menyaksikan perlumbaan itu benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil yang menjadi peserta itu akan boleh berjaya mencapai puncak menara yang dimaksudkan

Terdengar ada yang berkata:
"Woi, jangan panjat lagi. Jalannya terlalu susahhhhh!! Bahaya!!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada peluang untuk berjaya lah...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorang pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Hahahaha... nak tau apa rahsianya...

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

...karana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Karana segala sesuatu yang kau dengar, kau baca, kau fikirkan boleh mempengaruhi perilakumu! dan masa depan mu!!

Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Mutiara Kata:

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian, keyakinan dan usaha untuk mendapatkannya dan menjaganya dengan baik. brulah kita bertawakal kepada yang Maha Pencipta."

Monday, February 9, 2009

kisah tukang masak...

Bismillah...

Alhamdulillah... nampaknya hari ni berkesempatan juga untuk saya update blog saya ni. Walaupun agak sibuk dengan pelbagai tugas yang dipertanggungjawapkan... Baru-baru ini saya ada terbaca satu kisah renungan dan dikesempatan ini saya ingin berkongsi satu cerita yang agak menarik bagi saya.. ia merupakan kisah tukang masak...

Al-kisah..

Tersebutlah kisah seorang tukang masak yang sangat rajin memasak. Pada satu hari, dia telah menyediakan pelbagai masakan yang lazat-lazat & sedap-sedap & best-best utk tetamu yg bertandang ke rumahnya.

Sesudah menghidangkan makanan di meja makan, dia pergi menjenguk ruang tamu untuk menjemput tetamunya makan.

Sekembalinya ke meja makan, alangkah terkejut besarnya si pemuda kerana kesemua masakannya yang best-best tu dah hilang. Tetamunya bertanya, mana perginya semua hidangan tu?

Ke mana perginya semua masakan-masakan tadi? dilarikan kucing barangkali....


Mari kita renungkan.....

Kita boleh umpamakan masakan- masakan dalam cerita di atas sebagai amal-amal ibadat kita selama ni.

Di hari Akhirat nanti, kita semua pastinya akan dibicarakan di hadapan Allah swt, atas segala perbuatan baik & buruk kita semasa hayat di dunia.

Sekarang, mungkin kita rasa sudah banyak amal-amal baik yang best-best sudah terkumpul untuk dihidangkan kepada Allah di akhirat kelak.

Namun, apa yang berlaku adalah, ketika di hadapan Allah, alangkah terkejut besarnya kita bila tersedar bahawa TIADA SATUPUN AMAL KEBAIKAN yang ada untuk dipersembahkan kepada Allah.

Kerana tanpa kita sedari, semua amalan baik yg kita kerjakan itu, telahpun hilang, terbatal & tidak dikira sejak di dunia lagi (kerana melakukan dosa-dosa kecil & besar, ataupun kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal kebaikan kepada Allah swt). Nauzubillah min zalik.

Renung-renungkanlah......

semoga kita sentiasa bermuhasabah terhadap perbuatan & amalan diri kita, dan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dengan sebenar-benar ikhlas kepada-Nya. Bagi yang ingin bertaubat, percayalah bahawa pahala daripada amalan baik itu akan menghapuskan dosa daripada amalan buruk yang dilakukan.

Sesungguhnya, Tuhan Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani.

dengan cerita ini sama-sama lah kita rengkan..


Wallahu alam.


Tuesday, February 3, 2009

KEBAHAGIAAN TERBENTUK DARIPADA PEMIKIRAN ANDA SENDIRI

Adakah benar kebahagiaan itu datangnya daripada hasil apa yang kita fikirkan? Ya, secara hakikatnua ia adalah benar. Kerana apa? Kerana setiap apa yang kita fikirkan dan juga setiap apa yang kita katakana adalah merupakan suatu doa. Kita adalah seorang insan, hamba Allah yang sentiasa dahagakan kasih saying, kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Sesungguhnya hasil pemikiran yang kita hasilkan akan melahirkan segala-galanya. Apa yang kita inginkan adalah terhasil daripada hati kita, daripada hati itu akan membawa ke otak kita yang akan membuahkan fikiran… dan akhirnyaa akan dibuktikan dengan tingkah laku, perbuatan dan memek muka. Apabila positif yang kita fikirkan, positiflah hasil tindakan. Tetapi apabila negatif fikiran kita, hasil yang akan kita lakukan juga adalah negatif. Sememangnya fikiran negatif tidak sepatutnya kita tanamkan dalam diri kita terutmanya dalam fikiran kita. Semua peristiwa penting dalam diri kita tidak akan membawa makna jikalau sentiasa kita tamankan buah fikiran yang negatif. Bagaimana kita sebagai seorang insan inginkan kebahagiaan jikalau pemikiran kita sentiasa negatif.

Kejayaan, impian, dan kebahagiaan pasti dapat dicapai dan setiap kesulitan pasti mempu diatasi dengan member harapan yang cerah dan cemerlang tanpa gentar dan ragu-ragu. Dengan harapan inilah kejayaan dan kebahagiaan yang sentiasa diinginkan pasti diraih semula.
Renungilah setiap buah pemikiran yang kamu tanamkan dalam pemikiran samada yang member menfaat atau sebaliknya. Awasi perasaan dan pemikiran yang bercelaru dan tanyalah pada diri kamu.

‘adakah benar tindakan yang aku lakukan’, ‘ apakah faedah yang akan aku perolehi daripada hasil pemikiran yang aku lakukan’

Jika ia tidak dapat memberikan hasil buah pemikiran yang akhir jawapan yang kita tidak ingini, buanglah benih yang tidak baik itu sejauh-jauhnya, buang dengan penuh yakin dan penuh harapan yang cemerlang tanpa ragu-ragu. Tamankan lah benih yang baru yang dapat memberikan hasil buah pemikiran yang kita inginkan. Akhirnya kita akan perolehi kejayaan dan kebahagiaan yang di redhai Allah.

“dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yangberiman” (ali imran:139)