Friday, February 27, 2009

Apa yang ditanam itulah hasilnya ...

Dalam dunia ini pelbagai keinginan yang kita inginkan. Betul tak? Kalau boleh sumua kita inginkan. Tetapi apa yang diharapkan selalunya tidak dapat seperti apa yang diinginkan. Dan semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini tidak mustahil. Allah yang menentukan setiap perjalanan kita, tetapi perlu ingat, unutk mencapai setiap perkara yang diinginkan kita perlulah berusaha, samada kebahagiaan, kejayaan dan sebagainya.

Sepanjang diri ini bernyawa, berapa banyak perkara yang perlu kita capai? Semua yang kita inginkan adalah yang terbaik bukan? Itu adalah fitrah manusia. Manusia sememangnya inginkan yang terbaik. Ia tidak menjadi kesalahan dan tidak juga melanggar hukum alam. Tetapi pernahkah kita menyedari sesuatu? Bahawa adakah diri kita juga terbaik? Seiring dengan apa yang kita inginkan? Jikalau kita inginkan orang menyayangi diri kita dengan sepenuhnya, tetapi diri kita tidak seperti itu, adakah kita akan berjaya memilikinya? Jikalau inginkan kejayaan, tetapi usaha yang dilakukan tidak setanding dengan apa yang kita inginkan, adakah Berjaya impian itu dikecapi? Andaikata semua yang kita inginkan telah kita perolehi dengan sempurna, tetapi tidak dijaga, dipelihara dn dibaja, mungkinkah ia akan berkekalan lama? Ketika diri ini inginkan mereka menepati janji, tetapi kita sendiri mungkir janji dengan apa yang kita janjikan.

Semua persoalan ini seringkali daku persoalkan dalam hati dan jawapannya, bergantung kepada hasil pendapat seseorang. Yang pasti sebelum keinginan yang kita iniginkan itu sempurna, lihatlah diri, cerminlah diri. Muhasabah. Adakah diri ini baik untuk mendapatkan yang terbaik.

Sememangnya, kita sering melakukan kesilapan. Yang di depan mata diabaikan dan dibuang, untuk mendapatkan yang terbaik daripada yang baik. Sebagai renungan tercalit ungkapan sajak yang dipetik daripada buku JANGAN BERSEDIH.

Wahai orang yang mengeluh,

Padahal tiada yang menjangkiti mu,

Bagaimana engkau ingin beraktiviti jikalau badan mu sakit?

Sesungguhnya, penjahat yang paling buruk dibumi adalah seorang yang takut pergi sebelum berangkat,

Engkau hanya melihat duri pada bung mawar,

Tetapi engkau tutup mata sehingga tidak melihat embun yang menghiasi bahagian atasnya,

Hidup ini sangat meletihkan bagi yang menganggap ia sebagai suatu bebanan,

Orang yang tidak menghiasi kehidupanya sebagai suatu yang indah,

Tidak akan melihat dunia ini adalah indah, malah diakhirat juga

Maka nikmatilah keindahan pagi selama mana engkau berada padanya,

Dan janganlah engkau takut kehilangannya,

Sebelum in lenyap sendiri.

Jika kepala mu dipenuhi kesusahan,

Jangan engkau berfikiran agar tidak berpanjagan,

Burung-burung dipuncak gunung juga tahu hakikatnya,

Maka sungguh tercela jikalau engkau masih tidak mengetahuinya dan menyedarinya.

Mereka tidak peduli ladang itu milik siapa,

Selama mana sereka masih boleh bertenggek dan bersarang padanya.

(maaf kepada penulis buku, heheh.. ada pengubahsuaian sedikit )

No comments: