Monday, October 27, 2008

Pesan Roh Kepada Manusia

Bismillah..

Hari ini aku ingin berkonsi ilmu daripada apa yang aku baca daripada sebuah buku agama. Mudah-mudahan dengan apa yang kita konsikan dan pap yang kita baca dapat memberi sedikit sebanyak keinsafan dan kesedaran dalam diri kita..

 Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". 


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: 
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". 

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.
" Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh 
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan 

kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.
" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 
"Roh itu menuju ketujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para 
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 

3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Saturday, October 25, 2008

Renungan bersama...

Di manakah letaknya sebuah kejujuran
Jika diri penuh dengan kedustaan
Di manakah hilangnya sebuah kesetiaan
Jika di hatimu dibaluti syak wasangka
Di manakah harga sebuah kasih sayang
Jika jiwamu penuh dengan kebencian

Akan hilangkah nilai persahabatan
Jika insan terus diikat tali kemesraan
Akan kukuhkah ikatan percintaan
Jika dua jiwa dibaluti keikhlasan
Akan kekalkah sebuah keakraban
Jika hati penuh keserasian

Sedarkah diri
Harta yang paling menguntungkan adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah diam 
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Ibadah yang paling indah adalah khusyuk

Wahai jiwa
Takutkan Allah itu benteng
Cintakan Allah itu menyerah apa saja
Tawakkal pada Allah itu ketenangan jiwa 
Yakin pada janji Allah itu penghibur hati 

Thursday, October 23, 2008

Lihatlah dan renunglah diri...

Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu dan menyintaimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh akan bekasnya....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula....

akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan

bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya....

akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan, menyelerakan, Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, tetapi cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan dan keenakan.
Kelak, nasi itu akan basi jua dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu sayangi.....
yang kamu pasti membawa kebaikan dan kebahgiaan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. Menyintaimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan. Itulah manusia.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal..... Penyesalan yang tiada kesudahan.

Sesalan yang berpanjangan tidak akan membawa kebaikan, jikalau tiada keinsafan.

Renunglah bersama...

Wednesday, October 22, 2008

Wasiat nabi kepada umatnya...

Nabi Muhammad S.A.W. telah lama meninggalkan kita. Namun apabila kita mengimbau kembali saat-saat kewafatan baginda, ingatan kita begitu segar seolah-olah kita juga ada bersama-sama baginda pada saat-saat yang penuh hiba dan sayu itu.
Pada waktu itu, suasana sedih menyelubungi ruang sempit di rumah Nabi S.A.W yang berdekatan dengan masjidnya di Madinah. Melihat sekujur tubuh layu yang hampir bertemu dengan kekasihnya Allah Robbuljalil. Manakala malakulmaut sudah bersiap sedia menjalankan tugas mencabut nyawa dari bahagian kepala Rasullulah saw.
Rasulullah sedang mengerang kesakitan dengan penuh ketenangan tatkala roh telah sampai ke pusat. Wajahnya dibasahi peluh kelihatan dengan jelas urat-urat di wajahnya menegang menahan kesakitan yang amat sangat dalam detik-detik yang tragedi itu.
Rasulullah saw mengigit bibirnya menahan kesakitan dan memandang Jibrail. Jelas kelihatan matanya yang basah dan cahayanya yang semakin meredup. Baginda mengadu kepada Jibrail sambil berkata, “ Wahai Jibrail! Alangkah sakitnya! Alangkah dahsyatnya derita sakaratul maut ini…”
Jibrail terus memalingkan muka. Tak sampai hati melihat kesakitan yang ditanggung oleh rasulullah saw. Baginda saw dengan rasa cemas bertanya, “Wahai Jibrail! Mengapa engkau berpaling? Adakah engkau benci melihat wajahku wahai Jibrail?
Tidak, wahai rasulullah! “ jawab Jibrail sambil memegang erat tangan Baginda saw. Lalu berkata,”Siapakah yang tergamak melihat kekasih Allah menanggung kesakitan seperti ini? Seluruh gerbang syurga juga telah terbuka bagi tempat semayam Paduka Tuan, wahai Rasulullah.
Biarpun mendengar berita itu, baginda saw masih bermuram. Wajahnya tetap resah gelisah mengenangkan nasib kita umatnya. Lalu baginda saw bertanya dengan cemas, “Wahai Jibrail, khabarkanlah kepadaku, bagaimana keadaan umatku pada hari akhirat kelak?” Jawab Jibrail, Ya Rasulullah! Allah telah berfirman (maksdnya) ” Aku telah haramkan syurga dimasuki oleh para nabi dan Rasul melainkan kekasih-Nya Nabi Muhammad masuk lebih dahulu ke dalamnya. Dan aku haramkan umat para nabi dan Rasul masuk ke syurga hingga sampai giliran umatmu (wahai Muhammad), masuk lebih dahulu ke dalamnya.
Setelah mendengar berita tersebut, barulah wajah Rasulullah saw berseri-seri kerana cinta dan kasihnya baginda terhadap kita umatnya. Baginda merasa lega,tenang dan tenteram hatinya kerana ternyata umatnya mendapat hak serta tempat yang istimewa di depan Allah swt.
Ternyata betapa kasih Rasulullah semakin memuncak terhadap kita, umatnya. Apabila ketika disaat mengalami kesakitan yang amat sangat sakaratulmaut, baginda merayu kepada Allah Taala agar cukuplah kesakitan maut itu ditimpakan ke atas dirinya seorang dan jangan sekali-kali ditimpakan ke atas kita umatnya.
Nabi saw berdoa, “Wahai tuhan, alangkah sakitnya, wahai Tuhan. Timpakanlah kesakitan maut ini hanya kepadaku dan jangan kepada umatku.”
Malakul-Maut terus menjalankan kewajibannya biarpun merasa amat berat. Apabila Nyawa telah sampai di dada, tiba-tiba Baginda saw dengan suara tersekat-sekat dan pandangan yang redup, memandang ke arah para sahabat seraya berkata, “ Aku wasiatkan kepada kamu solat dan orang-orang yang menjadi tanggunganmu, peliharalah mereka baik-baik”.
Kemudian keadaan pun menjadi bertambah tegang dan diselubungi kesedihan. Para sahabat sudah berpelukan antara satu sama lain kerana tidak tahan menahan kesedihan. Jasad Rasulullah menjadi dingin dan seluruhnya tidak bergerak-gerak lagi. Matanya yang berkaca-kaca hanya terbuka sedikit. Matanya menatap ke langit, jari-jarinya tertegak dengan kaku.

Aku wasiatkan kepada kamu solat dan orang-orang yang menjadi tanggunganmu, peliharalah mereka baik-baik”.

REnung-renungkanlah..

Sunday, October 19, 2008

Study... Study.... Yoshhhhh!!!!

Study!!! Bangunlah lah kau, sebelum kau dibangunkan.. Sedarlah.. huhuhu.. Tinggal lagi beberapa minggu sahaja menjelang hari yang paling bermakna.. Minggu peperiksaan.. Risaunye... Aku harap pointer aku meningkat pada sem ini. Semakin dah nak dekat peperiksaan ni, semakin banyak pula cabaran yang aku rasa perlu hadapi. Macam P. Ramlee kata, 'cobaan'... Semua tu aku perlu lalui dengan sabar dan tenang. Aku mengharapkan pertolongan daripada ALLAH. Yang penting aku mesti bersemangat dan sentiasa tersenyum. Kebahagiaan dan kejayaan ini akan ku kongsikan bersama orang yang ku sayangi..hehehe..

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini, ku ucapkan selamat memduduki peperiksaan.. Semoga mendapat apa yang diinginkan. Semoga perjalanan diberkati dan dipermudahkan perjalanan. Amin.

Sama-sam kita mencapai matlamat diri

Malam gemilang...


16hb yang lepas berlakunya sejarah di UUM dan juga kepada bakal penerima ijazah. Tahniah saya ucapkan. Pada malam itu, aku ditugaskan untuk menyambut tetamu VVIP yang hadir. Maklumlah baru pertama kali dalam majlis yang besar dan gilang gemilang. Dengan suasana yang tenang dan redup saja aku rasakan. Subhanallah... Aku..Tak tau lagi bila... tunggu habis tempoh pengajian juga nampaknye. InsyaAllah... Itu yang aku harapkan...

Pada malam itu, banyak juga aktiviti yang diprogramkan selain majlis perasmian dan ucapan VVIP. Yang menyambut tetamu tu dari[pada pelbagai bangsa dan kaum yang menuntut di UUM. Sempena majlis perasmian konvokesyen yang kali ke-21 ini, UUM juga melancarkan dan merasmikan briged pasukan sukarelawan bomba UUM. Yang penting sekali pasukan ini adalah pasukan sukarelawan yang pertama ditubuhkan di UUM dan juga di semua IPT di Malaysia. majlis itu diserikan dengan pancaragam universiti, perbarisan kehormat yang dianggotai daripada palapes dara, laut, udara dan kor suksis.

Pada pertengahan majlis briged bomba melakukan gimik di tengah-tengah padang di stadium. Acara proses menyelamat dan memadam kebakaran. Di akhir majlis diceriakan lagi dengan percikan bunga api sebelum barisan VVIP berangkat pulang.]

Di sepanjang minggu konvo ini juga berlangsung expo UUM. Banyak gerai-gerai disediakan untuk meraikan para graduan..

Tahniah diucapkan kepada penerima ujazah.

'aku tah bila nak macam tu.Huhuhu....

huuuu... Penatnye..

Hari ni 19hb... Nampaknye assigment aku tinggal lagi 2 yang belum aku submit... Masa betul2 suntuk aku rasakan... pendek bebenor rasanye. Tapi tulah yang dinamakan kehidupan. Perjalan kehidupan. Aku tetap kena teruskan. Belajar tetap belajar. Terasa penat plak. Nak fikir dan mencari bahan-bahan untuk assigment aku nih. huhuhu. Semangat tetap aku kuatkan untuk menyiapkan semua tugasan yang perlu dihantar sebelum final exam. Begini agaknye kl dalam dunia pekerjaan ye. Dengan tugasan di pejabat lain, di rumah lain. huh. Penuh cabaran!! Teruji keimanan dan kekuatan diri. Pagi ni aku tertarik dengan cerita yang dibawa oleh pensyarah subjek sistem kualiti aku.. Cerita tentang belajar... Dia cerita... anak lelaki dia ni yang bongsu tanya kat kakak dia yang bersekolah arab. Si kecil ni pun bertanya kat akak dia la kan.

"kak, adik nak tanya ni. Akak nak beljar sampai mana?"

Dengan penuh semangat akak dia ni pun menjawab:

" akak nak belajr sampai mati. Sebabdalam agama pun dah mengatakan bahawa belajar daripada buaian hingga ke liang lahad. Bermakna kita kena balajar sampai mati." Penjelasan kakak kepada si kecil.

adik dia ni tengok muka kakak dia ni. Termenung dengar penjelasan si kakak tadi. Si kecil pun menjawab dengan selamba.

"Kak, kita belajar bukan sampai faham ke. Buat apa kita belajar sampai mati..."

Kami sekelas dok ketawa dengar cerita pensyarah kami. Saya pun terfikir, betul juga apa yang si kecil tu katakan. kitaa belajar biaq sampai faham... Bukannya sampai mati.. Ish..Is..Ish..

Jadi kepada kengkawan belajar lah sampai faham, jangan sampai mati na...

Monday, October 13, 2008

Si penipu...

Dalam kehidupan seharian kita, adakah anda mengetahui samada seseorang itu berkata benar atau tidak. Sudah tentu kita tidak ketahui jikalau kita tidak mengetahui cara-caranya. Disini saya ada terbaca sebuah artikel berkaitan si penipu iaitu sebuah artikel yang ditulis oleh SifuPTS di www.universitipts.com.

Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kesSaifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid KualaLumpur).
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membacabuku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

Selain itu, kita juga dapat mengesan benar atau tidak berdasarkan anak mata si penipu. Apabila ditanya atau disoal sesuatu perkara anak matanya sentiasa diarahkan atau digerakkan sebelah kanan. Maklumat ini diberitahu oleh seorang pensyarah saya dan saya cuba menggunakan teori ini, ternyata ianya boleh digunapakai. Daripada anak mata juga dapat mengesan pergerakan fizikal dan isi hati seseorang.

Selamat mencuba...

Saturday, October 4, 2008

kelebihan membaca surah al fatihah

hahaha....berjumpa kembali...sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca blog saya...
saya tertarik dengan email yang saya terima iaitu tips daripada Dr Fatma El Zahra berkaitan dengan fadhilat membaca surah al fatihah...
Setiap hari kita mmbaca surah fatihah...tapi adakah kita mengetahui fungsi-fungsinya???

tak banyak yang kita ketahui dalam pembacaan surah fatihah. Yang kita ketahui surah al fatihah ini, dibaca ketika waktu solat.... Itu memang sudah wajib...

Disini saya ingin berkongsii kepada anda berkaitan dengan al fatihah. bagaiman hendak menggunakannya?????

  1. Untuk membuatkan seseorang (suami, isteri, anak-anak, dan sesiapa sahaja) sentiasa memikirkan diri anda.
  • baca 14kali sebelum tidor

2. Untuk penyakit-penyakit dalaman

  • baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian

3. Untuk Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti

  • baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.

4. Apabila terasa sakit yang teramat sangat

  • baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.

5. untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam

  • baca 7kali di bahagian kepala bayi

kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA. mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. baca dengan khusyuk dan bertaeakal kepada ALLAH... Yang penting adalah bergantung pada niat kita dan yakin akan ketentuan dan apa yang kita lakukan..

Selamat mencuba!!!!