Wednesday, September 17, 2008

RAMADHAN..BULAN PENUH KEBERKATAN...

Hari ini merupakan hari yang begitu bersemangat dalam diri saya..kerana apa...hehe... Yang pertama saya berada dalam bulan Ramadhan...yelah walaupun dah hampir setengah bulan kita mengerjakan ibadah puasa.. Yg kedua pula, saya sudah menyiapkan separuh tugasan yang pensyarah saya bagi..fuh..meletihkan dan menguji kesabaran betul.. Tapi tak pe...dah namanye pelajar..mesti belajar dan penuh rasa minat dan bersungguh-sungguh..

Pada kali ini, bukanlah saya hendak berkongsi tentang aktiviti saya hari ni..tetapi ingin berkongsi maklumat yang saya baca...iaitu berkatan dengan Fadhilat Berpuasa... Yelah mungkin ada diantara rakan-rakan kita yang masih belum arif atau kita boleh saling ingat mengingati..

  • Tahukah anda manfaat puasa dari segi perubatan??

Buah kurma, merupakan buah yang tidak asing lagi pada kita ketika di bulan puasa.. Bila bulan puasa menjelma, adalah orang yang menjual kurma.. Dalam kurma, terdapat kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga bagi pemakannya (maklumlah seharian tak menyuap makanan).

Berpuasa juga dapat menurunkan berat badan diantara 5-7 kilogram sepanjang Ramadhan. Malahan selalunya ia lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secaramendadak sekranya berhenti berpuasa. Berpuasa juga memberi ruang kepada saluran pencernaan untuk berehat setelah hampir setahun bekerja keras untuk memproses makanan seharian. ia dapat memberi kesempatan kepada salurnan pencernaan ini berehat kira-kira 18 jam sehari.

Menurut kajian klinikal, perangai manusia yang berpuasa di bulan Ramadan lebih bersifat tenang berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu, walaupun bulan Ramadhan sudah berakhir, amalkanlah berpuasa sunat...kerana ia beri banyak manfaat dalam diri selain mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T

  • Solat terawih mwmproses makanan.... Beetul ke???

Yaaaa...memang benar.. Sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu perkara itu tidak sia-sia. Solat terawih ini dapat memetabolismakan (memproses) makanan yang telah kita makan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga. Ia dapat memetabolismakan sehingga 200 kalori. Ia juga merupakan senaman ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular iaitu sistem jantung dan pengaliran darah. Juga melatih mendisiplinkan diri terutamanya kepada perokok-perokok yang setia. Ia dapat mengurangkan nikotina yang berbahaya dan juga racun-racun lain yang berada dalam kandungan rokok itu sendiri dan juga badan perokok juga kepada orang disekeliling mereka...

  • Dari segi pemakanan pula...

Memiliih makan yang seimbang ketika berbuka dan juga bersahur. Ketika berbuka tidak perlu makan terlalu banyak. Disunatkan memakan buah kurma kerana kandungan gullanya yang tinggi dapat memberikan dan mengembalikan tenaga yang kita gunakan dalam seharian. Bagi mengekalkan kesihatan sepanjang bulan Ramadhan , seseorang itu perlu mengambil makanan daripada jenis roti dan bijirin, susu dan prodak tenusu daging dan kekacang, sayur-sayuran, dan buah-buahan serta sedikit lemak dan gula. Banyakkan memakan kurma ketika berbuka, keranan mengandungi gula, serat, karbohidrat kompleks dan garam galian sebagai sumber tenaga. Makan pisang kerana ia mengandungi banyak garam magnesium.

  • rahsia tersembyi bulan Ramadhan...

Terdapat bayank rahsia yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan ini yang perlu kita singkap.. Berdasarkan kitab al Ibadah Fil Islam yang dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Dr Yusof al-Qardawi membentangkan 5 rahsia yang boleh dinikmati dalam bulan Ramadhan :

  1. Mengukuhkan jiwa

Dalam bulan puasa ini kita umat islam diperintahkan untuk mengawal hawa nafsu bahkan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan yang lain. hal ini bermaksud adalah mengawalnya bukan bermaksud membunuhnya sehinggakan hilang nafsu atau keinginan yang bersifat duniawi. Peperangan antara manusia ahnya merugikan nyawa dan harta benda tetapi kelalahan dalam menentang hawa nafsu akan memberi kesan di dunia dan juga diakhirat.

2. Mendidik keinginan dan kemahuan

Berpuasa mendidik diri kita untuk memiliki keinginan yang kuat terhadap melakukan perkara kebaiakan, walaupun azamnya terhalang oleh pelbagai rintangan.. Sesungguhnya sabda Rasullullah yang bermaksud : 'puasa itu separuh daripada kesabaran' dan juga ' sabar itu separuh daripada keimanan' .

3. Menyihatkan badan

Selain daripada menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan rohani juga memberikan kesihatan kepada jasmani. Perkara seperti ini telah dibuktikan oleh Rasulullah sendiri..bahkan trut dibuktikan oleh pakar-pakar dan doktorperubatan moden.

4. Mengenal nilai kenikmatan.

hakikatnya, bgitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada hambanya..tetapi kebanyakan daripada mengkufuri nikmat yang telah diberikan.... Astaghfirullah....

5. mengingati dan merasai penderitaan orang lain

Dengan berpuasa kita dapat berkongsi dan merasai penderitaan orang-orang yang kebuluran dan penderitaan orang-orang yang susah. Oleh itu bersyukurlah kita kerana walaupun kita berasa susah tetapi kita masih mampu untuk memiliki makanan yang lazat..

No comments: