Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

FAMILI Saat menilai cinta

BISMILLAH..

Salam.

Percintaan dan kasih sayang adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam kehidupan setiap insan. Setiap perkara yang kita hadapi di masa lampau adalah merupakan suatu pengalaman. Disini ada beberapa maklumat yang dapat kita kongsikan bersama.

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Wednesday, October 21, 2009

Tangisan wanita

Salam...

Nak tahu kenapa wanita mudah menangis??? ini ceritanya...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

5 sebab wanita mengalirkan air mata.

Bismillah dan salam semua...

Tahu kenapa wanita suka sangat menangis??? Haa, tu lah dia. Kata sesetangah orang mengatakan , air mata tu adalah senjata wanita??? Betul ke??? Ermmm… ada betulnya.. kadang-kadang ramai lelaki mengeluh tentang sikap wanita yang sukar difahami dan dijangka. Sekejap suka… tapi bila 1jam selepas tu.. tetiba pulak masam, muncung. Kadang-kadang sampai marah-marah lagi. Tak tahu lah apa puncanya. Bila ditanya, mandiamkan diri. Menyebabkan si lelaki, kekasih atau suami kebingungan, dan berasa keliru. Dipujuk tak berhsail pulak tu.
Secara fitrahnya, memang itu lah sifat manusia yang bergelar wanita. Mudah untuk mengalirkan air matanya. Tetapi pengaliran air mata itu bukan lah tanpa sebab. Apa-apa yang berlaku mesti ada sebabnya. Saya ada membaca buku MW. Katanya ada 5 sebab.

1. Factor hormon.

Sewaktu memasuki pra menstruasi, wanita cenderung kepada bersikap lain daripada yang kebiasaannya. Seringmarah-marah, sukar kawal emosi dan sangat sensitive dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perasaan dan hati. Ish8… memang susah kalau dah jadi macam ni.. nak pujuk pun dah tak tau macam mana lagi kan… kesian si lelaki.. hahahaha.

2. Ingin memanipulasikan keadaan.

Hal sebegini tak tahu lah sama ada benar atau tidak. Tetapi ianya ada betulnya juga. Apa tidaknya. Air mata tu kan adalah senjata wanita. Kadang-kadang ia dilakukan untuk menarik rasa simpati dan uasaha untuk menutupi kesalahan daripada pasangannya agar tidak rasa kecewa atau marah-marah dengannya. Maklumlah, sesetengah lelaki ni, susah kalau tengok perempuan menangis. Kelamkabut dibuatnya. Wahahahaha.. ada juga seseteangahnya hanya untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

3. Perasaan emosi

Ini merupakan salah 1 penyebab juga. Kadang-kadang ia bukan disebabkan perkara 1 dan 2 di atas, tetapi disebabkan factor ini. Banyak penyebab yang boleh merasakan emosi seperti kekecewaan, marahm sakit hati dan kesedihan. Biasanya bila bermasalah yang pada tahap kemuncak dan tak tahu nak meluahkan pada siapa, menangis adalah jalan penyelesaian untuk melepaskan sesak pada perasaannya.

4. Amarah.

Ada berbagai cara wanita mencurahkan rasa marahnya, antaranya adalah dengan menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri, dan ada juga yang menangis. Jika situasi sebegini berlaku, biasanya mereka ini inginkan diberi perhatian, didampingi dan keluhannya nak didengari oleh orang yang dikasihi. Dengan cara ini, membolehkan meredakan amarah mereka.

5. Terkenangkan sesuatu.

Hal sebegini semua orang lalui. Mengingati perkara silam samada suka atau pun sedah.

TETAPI…

Lelaki juga ingin dirinya difahami oleh wanita terutamanya orang yang dikasihi. Oleh itu, tiada salahnya wanita ini member perhatian kepada pasangannya terutamanya pada suami yang inginkan keadaan selesa bersama dengan isterinya. Tetapi yang penting masing-masing perlu saling memahami dan bekerjasama antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan keluarga yang harmoni dan diberkati. Amin.. sama-samalah kita bermuhasabah diri…

Friday, October 16, 2009

hari terakhir ko k...

Salam dan selamt sejahtera...

Last week, nampaknye hari sabtu adalah hari ko k yang terakhir untuk pengajian aku..YAHOOOOO!!! seronok aku rasa.. Tapi yang paling aku seronok aku diberi peluang untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR. Lec ada lah juga mengajar serba sedikit tip2 mengambil photo yang baik... maklumlah ko k pun dah namanya teknologi media (grafik ads).. mesti lah kena belajar semua tu.. ye tak...


ni salah satu gambar rakan sekelas yang aku ambil. walau pun tak seberapa, tapi may be agak menarik juga..

ni seorang lagi..hehehe


ni suasana pengambaran dalam kelas ku..hahaha

n lastly gambar...


gambar satu kelas...heheheh

wassalam...

Saturday, July 25, 2009

Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa




SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.


Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”

Tuesday, July 21, 2009

Advice from Lukmanul Hakim

Salam to all reader.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar - benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal - hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama - sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura - pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata - katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.



Saturday, July 11, 2009

tag il islami

Assalam...

tag ini saya terima daripada junior saya.. dia yang perkenalkan kepada saya... terima kasih no...hehehe.. nak tau tag yang saya dapat bagaimana... lihat lah di bawah ini :

Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

Thursday, May 7, 2009

wahai insan bernama ibu...

Assalam... ibu, mama, mak, dan sebagainya... adalah nama yang begitu besar sekali. Pernah kita mencari di mana ibu kita? Pernah kita terfikir ingin membalas segala jasa-jasanya... Ibu, ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hidupku. Ampunkan lah daku wahai ibu...

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA... SEMOGA KEHIDUPANMU ITU LEBIH BAHAGIA, BERMAKNA DAN DIREDHAI ALLAH SENTIASA...

Thursday, April 30, 2009

bertemu kembali....

salam kengkawan...

Alhamdulillah... berjaya juga untuk menghabiskan perjuangan dalam peperiksaan pada sem nih... agak lama juga tidak postkan coretan disini.hehehehehe... 

Thursday, March 19, 2009

"PENTING KE ILMU TU..."



**********

Penting ke ilmu tu… ni merupakan suatu persoalan pada diri aku pada suatu ketika dulu. Aku teringat ketika aku masih kecil…

Mama : mie… asyik main je. Bila ko nak baca buku. Apa faedah yang engkau dapat…

Aku : nanti lah ma. Baru ja nak main ni. Asyik baca buku, ulang kaji ja. Bosan la…

Mama : tu lah kau.baru baca buku 1 jam, mainnya 5 jam. Bila kau nak pandai..

Itu lah yang selalu mama, ayah aku leterkan. Tapi aku tak tau betapa pentingnya ilmu tu pada diri aku, yang aku tahu hanya keseronokan. Enjoy. Biasa lah belum matang lagi. Sehinggalah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti, kenal dunia luar yang penuh pancaroba… baru aku menyedari apa yang mama, ayah aku leterkan pada suatu ketika dulu adalah benar. Kita akan dihinjak-hinjak dan diperbodoh-bodohkan bila kita tidak mempunyai ilmu. Kita jadi seorang yang jahil.

**********

Nak tahu betapa pentingnya ilmu itu, berdasarkan sebuah hadis. Hadis ni agak terkenal, dan kita juga pernah mendengarkannya.

“tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China”

Hadis ni bukan lah menyeru kita untuk tuntut ilmu ke Negara China. Tapi mempunyai pesanan yang begitu mendalam. Betapa jauhnya Megara Arab dan China pada zaman dahulu. Yang tidak ada kenderaan maju seperti zaman sekarang, sanggup menuntut ilmu. Kepentingan ilmu itu diperakui oleh Allah S.W.T dengan turunnya wahyu yang pertama iaitu surah al- ‘Alaq yang bermaksud

“bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhan mu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan daripada sebuku darah beku, bacalah dan tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Tiada siapa tahu hakikat kebesaran Allah tanpa membaca kitab suci al-Quran. Tidak juga jika tidak cuba memahami maksudnya melalui bahasa yang difahami. Sama ada difahami melalui pembacaan, ajaran pakar tafsir yang ahli dalam bidangnya atau gandingan halaqah yang membincangkan makna setiap ayatnya, semuanya berbalik kepada pembacaan

Orang yang berilmu, darjatnya adalah tinggi disisi Allah. : "Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujaadalah, ayat 11).

Kalau kita mempelajari ilmu sejarah, pada zaman Rasulullah begitu menekankan pendidikan ilmu ini. Begitu juga di Negara Jepun. Selepas digugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pentadbiran Negara membuat dasar yang paling utama iaitu menekankan kepada setiap rakyatnya membaca dan mencari ilmu. Bukan ketenteraan yang dimajukan dahulu, tetapi menyuruh rakyatnya membaca. Dan hasilnya Jepun menjadi sebuah Negara yang termaju berbanding Negara barat walaupun pada asalnya Negara barat adalah sebuah Negara yang maju. Nampak tak, peri pentingnya ilmu itu..


Manusia diciptakan Allah menjadi seorang khalifah di bumi ini. Yang membezakan antara yang lain adalah kemampuan berfikir dan manilai sesuatu kejadian itu. Untuk berfikir dan menilai itu juga perlukan ilmu, dunia dan akhirat. Kemahiran itu tidak dapat dimanfaatkan jika minda tidak dibekalkan dengan keperluan dan makanan yang sepatutnya diberikan. Ia menjadi beku, dan tidak berfungsi. Allah mengajarkan manusia supaya memohon untuk menambahkan ilmu.

"Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku." (Surah Taahaa, ayat 114)

Oleh itu, sedarlah. Kita banyak ditipu oleh tipu daya dunia disebabkan kelonggaran akidah. Dimana kita sendiri yang tidak mahu menuntut dan menambahkan ilmu yang ada. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pencarian ilmu itu sangat meluas dan begitu mudah kerana penggunaan teknologi yang tinggi. Oleh itu, jangan lah menjadikan alasan untuk tidak menuntut ilmu. Orang yang berilmu itu bukan lah hanya sekadar menjunjung segulung ijazah, tetapi ia disertakan dengan perilaku dan akhlak yang mulia dan penuh tauladan.

**********


Ibarat pantun…


Buai laju-laju,

sampai pokok sena,

Pandai baca buku,

jadilah orang yang berguna.



Buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

kl salah tolong tunjukkan...

Friday, March 6, 2009

Family day kelab...

Assalam...

Bertemu kembali... Tetapi pada hari ni mie nak kongsi sedikit pengalaman dalam program atau aktiviti 'family day' kelab Fasilitator DPP YAB, UUM. Walauapun aktiviti ini dinamakan 'family day', tetapi tiada family pun yang terlibat.. hehehe.. nak bawa family macam mana, masing masing belum berkeluarga.. Walaubagaimana pun, kami ahli-ahli kelab fasi ni dah seperti sebuah keluarga besar... Ada 'bapa' (Abg Ash, selaku presiden dan Ketua Fasi), tapi... ibu pula tak da... Yang ada cuma pembantu saja ( Abg Razak) dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang lain.. hehe...
Sebenarnya, aktiviti ini berlangsung pada 24hb februari yang lepas bersamaan hari selasa. Seramai lebih kurang 15 ahli jawatankuasa dan 80 peserta terlibat dalam menjayakan program ni... Pada permulaan aktiviti ni memang ada masalah. Biasalah kan. Maklumlah mie masih tak ada pengalaman dalam urusan-urusan seperti ini... Nasib baik ada orang yang berpengalaman, abg Ash, Abg nizam, arif, abg adib, kak wan nor dan yang lain-lain. Terima kasih ya sudi membantu menjayakan aktiviti cheq ni.. hehehe. Memang bayak pengalaman dan kenangan manis dapat dikumpulkan.



sedang berbincang apa lah tu...


Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli-ahli baru dan lama (junior dan senior) dalam kelab fasi ini... Untuk merapatkan lagi jurang hubungan yang sedia ada.. Lagi pun dalam aktiviti seperti ini lah nak kenal-kenal antara satu sama lain... Yelah ada ahli baru... lagi pun kalau beramah mesra dalam keadaan seperti ni kan lebih molek gitu.. Tidak lah secara formal. Tak lah bosan sangat sebab ada aktiviti yng akan dilakukan.


Abg Adib memberi hadiah kepada peserta


Antara pengisian dalam 'family day' ini adalah aktiviti 'explore race' yang disertai oleh ahli kelab sendiri dan beberapa peserta bukan ahli yang berminat untuk menyertai. Sebanyak 8 kumpulan menyertai 'explore race'. Semua peserta dilepaskan pada jam 3 petang. Selain itu, yang paling menarik adalah kami ada buat ayam panggang, kerang bakar dan lain-lain makanan. Boleh dikatakan 'simple' juga lah.. Itu yang menarik... Setelah penat lelah, makan dan minum sambil sampaikan hamper kepada para peserta... pulak tu tempat tu di tepi tasik. Fuh,... memang menarik 'pemandangannya'. Hilang segala tekanan yang ditanggung.. Dengan gelak tawa daripada AJK dan ahli-ahli kelab.


wah, abg KF kita, control macho gitu...


Dengan aktiviti seperti ini, insyaAllah akan dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Dengan tujuan yang baik lagi murni demi kegemilnagan, kesejahteraan, keceriaan, dan kesepaduan antara setiap ahli dalam kelab. Demi memupuk rasa tanggung jawab, tolong menolong dan mewujudkan kasih sayang antara sama lain. Yang penting kita tahu bagaimana nak melatih diri untuk menjadi yang terbaik samada seorang fasilitator mahupun seorang hamba Allah. tidak lupa juga kepada semua AJK dan ahli kelab yang telah banyak memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. InsyaAllah akan dilakukan pada semesta-semesta akan datang...

GALERI :


berposing sakan dengan peserta...


penyampaian hadiah


nak ayam..nak ayam.. (kata upin,ipin)

wahhh, abg adip..propose ayam ka..


Siapa diri ini...

Assalam…

Siapa diri kita yang sebenarnya? Apa yang ada pada diriku ini berbanding dengan orang lain? Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku? Apa usaha dan sumbangan aku pada semua orang? Apa dan apa… Persoalan-persoalan itu lah sering bermain difikiran ku. Adakah anda juga sebegitu??? Ya, siapa diri ku yang sebenarnya…. Adakah kehidupan yang kita lalui sentiasa ini adalah merupakan hanya suatu lakonan sahaja? lakonan di pentas dunia…

Pernah kah kita menyedari dan ingin mengubah keadaan diri yang kepada yang lebih baik. Sememangnya diri kita sering kali alpa dan lalai dalam segala hal… Astaghfirullah… Sungguh merugikan…

kadang kala, perlukah untuk kita sekadar berpura-pura terhadap rang disekeliling kita? Menjadi seorang yang hipokrit.. Perlukah begitu? Tidak sebenarnya… Mengapa kita tidak menjadi diri kita yang sebenarnya? Yaa, diri kita. Tidak perlulah hipokit semata-mata untuk menawan dan menjaga hati orang di sekeling..Tidak! yakinlah dengan dir sendiri… Sesungguhnya kita perlu bersyukur dan berasa bangga kerana masih berpeluang diberi kenikmatan yang tidak terhingga… Subhanallah… begitu Pemurah dan penyayangnya Allah kepada kita.

Sesungguhnya,

jadilah hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam,mereka itulah orang-orang yang beruntung,

jangan lah jadikan hari ini lebih buruk daripada hari semalam, kerana mereka itulah antara orang-orang yang merugikan,

dan jangan lah jadikan hari ini sama teruk dengan hari semalam, kerana orang-orang seperti ini adalah orang-orang yang… fikir-fikirkan lah…

Friday, February 27, 2009

Apa yang ditanam itulah hasilnya ...

Dalam dunia ini pelbagai keinginan yang kita inginkan. Betul tak? Kalau boleh sumua kita inginkan. Tetapi apa yang diharapkan selalunya tidak dapat seperti apa yang diinginkan. Dan semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini tidak mustahil. Allah yang menentukan setiap perjalanan kita, tetapi perlu ingat, unutk mencapai setiap perkara yang diinginkan kita perlulah berusaha, samada kebahagiaan, kejayaan dan sebagainya.

Sepanjang diri ini bernyawa, berapa banyak perkara yang perlu kita capai? Semua yang kita inginkan adalah yang terbaik bukan? Itu adalah fitrah manusia. Manusia sememangnya inginkan yang terbaik. Ia tidak menjadi kesalahan dan tidak juga melanggar hukum alam. Tetapi pernahkah kita menyedari sesuatu? Bahawa adakah diri kita juga terbaik? Seiring dengan apa yang kita inginkan? Jikalau kita inginkan orang menyayangi diri kita dengan sepenuhnya, tetapi diri kita tidak seperti itu, adakah kita akan berjaya memilikinya? Jikalau inginkan kejayaan, tetapi usaha yang dilakukan tidak setanding dengan apa yang kita inginkan, adakah Berjaya impian itu dikecapi? Andaikata semua yang kita inginkan telah kita perolehi dengan sempurna, tetapi tidak dijaga, dipelihara dn dibaja, mungkinkah ia akan berkekalan lama? Ketika diri ini inginkan mereka menepati janji, tetapi kita sendiri mungkir janji dengan apa yang kita janjikan.

Semua persoalan ini seringkali daku persoalkan dalam hati dan jawapannya, bergantung kepada hasil pendapat seseorang. Yang pasti sebelum keinginan yang kita iniginkan itu sempurna, lihatlah diri, cerminlah diri. Muhasabah. Adakah diri ini baik untuk mendapatkan yang terbaik.

Sememangnya, kita sering melakukan kesilapan. Yang di depan mata diabaikan dan dibuang, untuk mendapatkan yang terbaik daripada yang baik. Sebagai renungan tercalit ungkapan sajak yang dipetik daripada buku JANGAN BERSEDIH.

Wahai orang yang mengeluh,

Padahal tiada yang menjangkiti mu,

Bagaimana engkau ingin beraktiviti jikalau badan mu sakit?

Sesungguhnya, penjahat yang paling buruk dibumi adalah seorang yang takut pergi sebelum berangkat,

Engkau hanya melihat duri pada bung mawar,

Tetapi engkau tutup mata sehingga tidak melihat embun yang menghiasi bahagian atasnya,

Hidup ini sangat meletihkan bagi yang menganggap ia sebagai suatu bebanan,

Orang yang tidak menghiasi kehidupanya sebagai suatu yang indah,

Tidak akan melihat dunia ini adalah indah, malah diakhirat juga

Maka nikmatilah keindahan pagi selama mana engkau berada padanya,

Dan janganlah engkau takut kehilangannya,

Sebelum in lenyap sendiri.

Jika kepala mu dipenuhi kesusahan,

Jangan engkau berfikiran agar tidak berpanjagan,

Burung-burung dipuncak gunung juga tahu hakikatnya,

Maka sungguh tercela jikalau engkau masih tidak mengetahuinya dan menyedarinya.

Mereka tidak peduli ladang itu milik siapa,

Selama mana sereka masih boleh bertenggek dan bersarang padanya.

(maaf kepada penulis buku, heheh.. ada pengubahsuaian sedikit )

Wednesday, February 18, 2009

APA YANG PATUT KITA KATA...ermmm...

Bismillah...


Pernahkah kita diuji sepanjang kita hudup?? Apakah bentuk ujian itu?? Dan apakah yang kita ungkapkan atau lahirkan daripada bibir yang mekar merah menawan?? adakah ungkapan yang lahir itu adalah ungkapan yang baik-baik?? Sememangnya diri kita ini lemah dan sering terlupa... Sebenarnya kita sentiasa merasakan kesusahan sepanjang hidup, tetapi dengan berfikir bahawa masih ada yang lebih teruk ujian hidupnya... sudah pasti kita akan berasa tenag sedikit... Allah akan memberi ujian kepada hambanya mengikut kemampuan seorang hamba NYa... dengan tujuan sejauh mana hambaNya mengigatiNya... maka ucapkanlah ungkapan-ungkapan yang baik...


1. BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA "AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH"

2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA "AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU. KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU."


3. JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA "KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH"

4. JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA >ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA ANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"

5. JIKA ADA ORANG MEMUJI KITA DI BELAKANG ATAU DI HADAPAN KITA, KITA RASA MALU, RASA BERDOSA MERASA TERSEKSA JIWA KITA TIDAK TIDUR MALAM DIBUATNYA KITA BENCI DENGAN KATA-KATA ITU

Tuesday, February 17, 2009

hugging anyone that you love...

So hold close everyone you know!

Hug your friends, everyone that you love them!

even they are your enemy...

The hug is my favorite sign of affection.






It can mean so much and many things at the same time.
It can be a sign of love, friendship, support, caring, comfort or anything.
So here you go. All I can say it will do is brightening someone's day.
I mean, we all need a hug once in a while.
That a fact!!
God Bless you, your family, your friends, and the special one!!!

While you hugging someone, you can feeling better.
feel treasured and adorable sense self...



That all about hugging someone!!!

Sunday, February 15, 2009

Renungan bersama...

Hidup ini adalah anugerah..

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucap kata-kata kasar,ingatlah akan seseorang yang tidak boleh@bisa berbicara.

sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu, ingatlah akan seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

sebelum engkau mengeluh tentang suami@isterimu, ingatlah seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, ingatlah akan orang yang menganggur.

ketika engkau dikurniakan pancaindera yang baik dan tubuh badan yang sihat, ingatlah orang buta dan pekak yang tidak bisa menikmati keindahan dunia serta orang cacat yang tiada kaki atau tangan atau kedua-duanya.

sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain. ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima-kasihlah pada Allah s.w.t kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah ia sebaik mungkin. Nikmati setiap saat dalam hidupmu dengan menggunakan akal yang bijak, ilmu yang diperolehi dan kesempatan yang ada kerana itu mungkin tidak akan berulang lagi.

Renungan ini di petik dan di ambil daripada ruangan www.cikgu.net.com

Saturday, February 14, 2009

perlumbaan katak beramai-ramai...

Assalam...

Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan pembaca. pada kali ini saya kongsikan berkaitan dengan perlumbaan katak. Macam pelik ja kan... Tapi nak ketahui bacalah dibawa ini...

Pada suatu hari...

Di suatu kawasan ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba sesama mereka. Nak tahu tujuan mereka untuk apa? Tujuannya adalah menakluki menara puncak yang tertinggi sekali. (seperti gunung everest kot). Siapa yang berjaya, dia lah hero dan wira dalam kalangan katak-katak kecil itu.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Masing-masing bersorakan...

Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujurnya:
Tidak satu pun penonton yang menyaksikan perlumbaan itu benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil yang menjadi peserta itu akan boleh berjaya mencapai puncak menara yang dimaksudkan

Terdengar ada yang berkata:
"Woi, jangan panjat lagi. Jalannya terlalu susahhhhh!! Bahaya!!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada peluang untuk berjaya lah...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorang pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Hahahaha... nak tau apa rahsianya...

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

...karana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Karana segala sesuatu yang kau dengar, kau baca, kau fikirkan boleh mempengaruhi perilakumu! dan masa depan mu!!

Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Mutiara Kata:

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian, keyakinan dan usaha untuk mendapatkannya dan menjaganya dengan baik. brulah kita bertawakal kepada yang Maha Pencipta."

Monday, February 9, 2009

kisah tukang masak...

Bismillah...

Alhamdulillah... nampaknya hari ni berkesempatan juga untuk saya update blog saya ni. Walaupun agak sibuk dengan pelbagai tugas yang dipertanggungjawapkan... Baru-baru ini saya ada terbaca satu kisah renungan dan dikesempatan ini saya ingin berkongsi satu cerita yang agak menarik bagi saya.. ia merupakan kisah tukang masak...

Al-kisah..

Tersebutlah kisah seorang tukang masak yang sangat rajin memasak. Pada satu hari, dia telah menyediakan pelbagai masakan yang lazat-lazat & sedap-sedap & best-best utk tetamu yg bertandang ke rumahnya.

Sesudah menghidangkan makanan di meja makan, dia pergi menjenguk ruang tamu untuk menjemput tetamunya makan.

Sekembalinya ke meja makan, alangkah terkejut besarnya si pemuda kerana kesemua masakannya yang best-best tu dah hilang. Tetamunya bertanya, mana perginya semua hidangan tu?

Ke mana perginya semua masakan-masakan tadi? dilarikan kucing barangkali....


Mari kita renungkan.....

Kita boleh umpamakan masakan- masakan dalam cerita di atas sebagai amal-amal ibadat kita selama ni.

Di hari Akhirat nanti, kita semua pastinya akan dibicarakan di hadapan Allah swt, atas segala perbuatan baik & buruk kita semasa hayat di dunia.

Sekarang, mungkin kita rasa sudah banyak amal-amal baik yang best-best sudah terkumpul untuk dihidangkan kepada Allah di akhirat kelak.

Namun, apa yang berlaku adalah, ketika di hadapan Allah, alangkah terkejut besarnya kita bila tersedar bahawa TIADA SATUPUN AMAL KEBAIKAN yang ada untuk dipersembahkan kepada Allah.

Kerana tanpa kita sedari, semua amalan baik yg kita kerjakan itu, telahpun hilang, terbatal & tidak dikira sejak di dunia lagi (kerana melakukan dosa-dosa kecil & besar, ataupun kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal kebaikan kepada Allah swt). Nauzubillah min zalik.

Renung-renungkanlah......

semoga kita sentiasa bermuhasabah terhadap perbuatan & amalan diri kita, dan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dengan sebenar-benar ikhlas kepada-Nya. Bagi yang ingin bertaubat, percayalah bahawa pahala daripada amalan baik itu akan menghapuskan dosa daripada amalan buruk yang dilakukan.

Sesungguhnya, Tuhan Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani.

dengan cerita ini sama-sama lah kita rengkan..


Wallahu alam.